Bagi penggemar durian, semestinya anda teringin nak ada pokok durian kan? Bila tiba musim durian, sememangnya senang bila nak makan.
Jika ada halaman yang luas, boleh lah cuba untuk tanam durian ni tau. Hanya tanam durian dengan menggunakan biji, semestinya mudah dan senang ikut cara ini.
Nak Tanam Durian Dengan Senang? Ini Cara Tanam Durian Dari Bijinya. Rendam Dulu, Pilih Yang Naik Tunas & Semai Ikut Cara Ini
Cara Penanaman:
- Selepas makan durian, kumpul bijinya dan basuh bersih.
- Kemudian rendam biji tadi selama 48 jam atau dua hari. Air tak perlu banyak sangat. Cukup untuk tenggelamkan biji.
- Selepas 2 hari tos air, dan lihat biji durian tadi. Biji yang sesuai ditanam adalah yang timbul tunas akar.
- Atau boleh juga rendam biji durian selama satu malam dan keesokan harinya keluarkan air.
- Letak biji tadi dalam bekas dan tutup dengan tisu. Simpan di tempat yang redup selama satu hari.
- Selepaas sehari biji durian akan keluarkan tunas. Semai biji yang bertunas ini.
Cara Semai:
- Letak biji bertunas tadi di dalam polibeg cocopeat. Pastikan tunas akar menghala ke bawah atau ke tanah. Boleh juga cucuk sedikit bahagian bertunas ke tanah. Tak perlu dalam.
- Siram dan jangan biar tanah kering.
- Tunas akar akan masuk ke tanah dan seterusnya akkan naik batang dan daun.
- Cara ini anak benih pokok durian lebih berpotensi untuk tumbuh dengan cepat.
Selamat mencuba dan semoga beroleh manfaat darinya.
Sumber: Jarum Kemuncut
Baca juga: Ini Cara Mudah Tanam Jagung, Isi Penuh & Pejal. Guna 3 Teknik Ini Kalau Nak Jagung Fresh!