Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Tanda Anda Telah ‘Ketagih’ Gula. Jangan Main-Main Kerana Berisiko Untuk Menghidap…

Tanda Anda Telah ‘Ketagih’ Gula. Jangan Main-Main Kerana Berisiko Untuk Menghidap…

Kategori:
ketagih gula

Siapa yang malam-malam selalu mengidam nak makan benda yang manis? Jika ya, anda mungkin telah mula ‘ketagih’ kepada gula. Bukan itu sahaja, anda juga berisiko untuk menghidap kencing manis, sakit jantung dan boleh mendapat penyakit kanser jika telah ketagihan gula ini.

Macam mana nak tahu jika seseorang itu telah ketagihan gula? Jom baca tanda-tanda di bawah yang mungkin ada pada diri anda. Jika ada tanda-tanda tersebut, anda perlu usaha untuk mengawalnya untuk mengelakkan perkara yang buruk berlaku.

Tanda-tanda ketagihan gula:

  1. Jika tidak mengambil makanan manis, akan mula rasa gejala lesu, loya dan pening.
  2. Memerlukan makanan manis setiap kali rasa stress.
  3. Sanggup mencari makanan manis pada waktu tengah malam jika berkeinginan.
  4. Makan atau minum makanan manis secara sorok-sorok.
  5. Mula rasa gian kepada makanan manis.
  6. Sentiasa ada ruang untuk dessert walaupun telah kekenyangan.
  7. Idamkan makanan yang lebih manis dari sebelumnya.

Sumber: Public Health Malaysia

tags: |