Pergelangan tangan kanan pelakon Nur Fazura melecur akibat terkena percikan minyak panas ketika sedang memasak.

Foto menunjukkan bahagian tangan yang melecur itu dikongsi oleh suami, Fattah Amin menerusi Instagram (IG) Story, kemarin.

Menurut BH Online, ketika dihubungi oleh pihak mereka. Fazura memberitahu, insiden itu berlaku ketika dia sedang memasak.

“Secara tiba-tiba minyak panas meletup lalu terkena tangan kanan saya.

“Sebelum ini, tidak pernah pula berlaku, tapi benda hendak jadi. Fattah banyak kali mengajak saya ke hospital. Tapi mengenangkan keadaan sekarang dan bimbang hendak ke hospital pada waktu kritikal begini, saya cuba ubati sendiri,” katanya.

Menurut Fazura, pada awalnya dia takut melihat ada gelembung pada pergelangan tangan berikutan percikan minyak panas itu.

Namun, setelah memecahkan gelembung itu dan menyapu ubat pada bahagian yang melecur, ia mula menunjukkan perubahan positif.

Fazura berterima kasih kepada peminat

“Selepas saya pecahkan gelembung itu dan sapu minyak gamat, Alhamdulillah, nampak kesan luka itu semakin mengering. Terima kasih kepada peminat yang memberi pelbagai petua untuk diamalkan.. Saya sangat menghargainya,” katanya.

Fazura berrkata, dia akan berehat seketika daripada aktivit memasak.

“Dapur akan ditutup buat masa ini. Suami pun tak bagi saya masak dan dia nasihatkan saya berehat sahaja,” kata pemenang trofi Aktres Terbaik Filem Malaysia (FMM) ke-27 ini.

 

Sumber: BH Online

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 1,211 times!)