Kos sara hidup yang semakin meningkat membuat orang ramai terdesak mencari pekerjaan bagi menampung perbelanjaan harian. Bukan sahaja kita yang cukup fizikal dan sihat, malah golongan Orang Kurang Upaya (OKU) juga berlumba-lumba untuk bekerja.
Tapi kerana kekurangan mereka, tak semua tempat sedia menerima permohonan mereka memandangkan setengah jawatan memerlukan kekuatan fizikal.
Namun masih ada segelintir pemilik yang bersimpati dan ingin membantu golongan tersebut dengan memberi peluang pekerjaan kepada mereka.
Terbaharu, seorang pemilik kedai makan yang dikenali sebagai abangsambal2 telah memuat naik sebuah video yang berkongsi kegigihan salah seorang pekerjanya sewaktu menjalankan tugas.
Merupakan seorang OKU, kecacatan fizikal pekerja itu tidak menjadi penghalang untuk dia bekerja dan jika dilihat dari video itu, dia masih lagi gagah membawa sedulang minuman ke setiap meja pelanggan.
Malah, pemilik itu juga berasa kagum melihat pekerjanya itu, memuji kesungguhan dia bekerja walau ada halangannya.
@abangsambal2 @Shafiq Shaudi memang padu!
♬ Ojo Dibandingke Farel Prayoga X Filla Talia (Rmp Channel) – Riza Productions
@abangsambal2 @Shafiq Shaudi ♬ Ojo Dibandingke Farel Prayoga X Filla Talia (Rmp Channel) – Riza Productions
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut kagum dengan pekerja itu dan ada juga yang berterima kasih pada majikannya yang tidak keberatan untuk memberi peluang pekerjaan pada pekerja itu walaupun dia merupakan seorang OKU.
“Terima kasih pada majikan adik ni bagi peluang untuk dia cari rezeki.”, ucap Ahmad Burhan Serat.
Manakala puji Buragas Zizo pula, “Selain adik ni, tauke kedai pun hebat. Terima kasih kerana sudi ambil adik ni bekerja, saya respect anda berdua.”.
Syukur masih ada majikan di luar sana yang tidak memandang rendah pada golongan Orang Kurang Upaya dan memberi mereka peluang pekerjaan yang sewajarnya.
Tindakan mereka membantu golongan itu untuk berdikari dan mencari pendapatan sendiri tanpa mengharapkan apa-apa bantuan dari pihak luar. Semoga pihak majikan di luar sana menjadikan hal ini sebagai contoh.
Kredit: abangsambal2
Baca Juga: Tiada Mi Sedaap Beracun Di Malaysia, KKM Sentiasa Pantau Kualiti & Keselamatan Makanan Semua