Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Wanita Ini Ajar Teknik Betul Buat Tempoyak Agar Tahan Lama, Tak Berbuih & Masam!

Wanita Ini Ajar Teknik Betul Buat Tempoyak Agar Tahan Lama, Tak Berbuih & Masam!

Kategori: ,
teknik betul buat tempoyak

Seperti yang sedia maklum Tempoyak sangat sedap jika dimasukkan ke dalam masakan, budu dan juga sambal. Dan pastinya setiap kali musim Durian, ramai yang menjual Tempoyak ini. Namun kadangkala rasanya yang terlampau masak serta berbuih membuatkan kita kurang berselera untuk menikmattinya.

Tidak mengapa, anda mungkin boleh cuba membuat sendiri di rumah dengan menggunakan teknik yang dikongsi oleh Ummi Hanna ini. Jom kita ikuti perkongsian beliau.

Percaya tak kalau akak cakap ada tempoyak yang dibuat tapi dicampur dengan pisang. Masa kerja kedai makan dulu, tokey akak memang selalu beli tempoyak pisang tu sebab nak jimat katanya. Tapi rasanya kurang sedap macam tempoyak durian saja tu. 

Nak buat tempoyak yang sedap guna la durian yang elok. Jangan guna yang dah pecah-pecah nanti tempoyaknya mudah cair, berbuih masam lain macam dan tak tahan lama. 

Alhamdulillah setakat ni buat tempoyak memang tahan lama. tak berair, tak berbuih dan tak masam sangat. Masih ada rasa manis-manis durian tu. 

Teknik & Cara Penyediaan Tempoyak Durian Yang Betul

  1. Tumbuk cili api. Tak lumat sangat pun tak apa. Lepastu masukkan ke dalam isi durian dan masukkan garam secukupnya. Gaul rata bagi betul-betul sebati. 
  2. Boleh rasa, kalau tak cukup garam boleh tambah. Lepas tu masukkan dalam tabung, botol atau bekas yang sesuai. 
  3. Kemudian masukkan dalam peti ais dan peram sehingga nampak dah naik bolehlah makan. 
  4. Boleh juga peram dekat luar. Selepas satu hari masukkan dalam peti ais. 
  5. Jangan isi penuh sangat dalam tabung atau botol. Nanti tiada ruang untuk dia naik. Kadang-kadang boleh meletup sebab dah penuh sangat. 
  6. Tempoyak yang guna isi durian yang elok dan cukup garamnya InshaAllah tahan lama dan tak cepat rosak. 

Agak-agak senang ke susah nak buat Tempoyak Durian ni? Rasanya tak susah sangat pun kan? Hanya perlu tahu dan ikut teknik yang betul sahaja. Pasti sedap dan menjadi Tempoyak Durian korang!

Semoga bermanfaat!

Kredit : Ummi Hana

Baca juga : Resepi Ikan Patin Tempoyak Asli Temerloh, Lagi Pekat Kuah Lagi Sedap Dan Menyelerakan, 3 Bahan Ini Wajib Ada!

tags: | |