Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Teknik Betul Simpan Ikan Agar Kekal Segar Dan Tahan Lama, Tak Payah Hari-Hari Beli!

Teknik Betul Simpan Ikan Agar Kekal Segar Dan Tahan Lama, Tak Payah Hari-Hari Beli!

Kategori: ,
cara simpan ikan agar kekal segar

Bagi peminat ikan segar, pastinya setiap hari makan ikan segar adalah satu perkara yang sangat diinginkan. Bukan cerewet, namun kadangkala ikan fresh ini lebih membangkitkan selera. Lebih-lebih lagi bagi orang yang alergik terhadap ikan lama, kalau tak makan ikan fresh, pasti kulit akan terasa gatal. Bagi yang tinggal di kawasan bandar dan jauh dari pasar basah pasti agak sukar kan?

Kadangkala terpaksa beli banyak terus dan simpan dalam peti ais. Tapi bila dah berhari-hari dalam peti ais, kesegarannya pasti tak terasa lagi. Nak tahu tak cara simpan ikan bagi mengekalkan kesegarannya walau dah lama dalam peti ais. Kalau nak tahu, jom kita ikuti teknik yang dikongsikan oleh Normah Bahari ini.

Cara & Teknik Simpan Ikan Bagi Mengekalkan Kesegerannya

Pelbagai kaedah penyimpanan barang dapur basah yang telah dikongsikan oleh suri rumah tangga. Ia bukan sahaja stok tersusun rapi malah tahan lebih lama dalam simpanan. Salah cara simpanan, ikan yang dibeli jadi tak sedap. Ayam tak manis dan sayur rosak begitu sahaja. 

Susun ikan di dalam bekas untuk sekali masak. Tuangkan air hingga menutupi ikan tersebut. Kemudian frozenkan, bila nak masak keluarkan dan biarkan ia cair. Kalau nak masak pagi, keluar dari malam dan bila nak masak tengahari, keluarkan waktu pagi. InshaAllah ikan kita tetap segar macam baru beli. 

Mudah sahaja kan teknik untuk kekalkan kesegaran ikan? Yang penting masa nak simpan tu letak air melebihi paras ikan dan pastikan ikan tersebut untuk sekali makan ya. Kalau beli banyak, buatlah banyak-banyak bekas. Selain diletakkan dalam bekas, boleh juga beli plastik seal tu. Kalau rasa nak letak banyak, beli yang besar. Kalau nak letak sedikit boleh beli yang kecil sahaja ya.

Jadi tak menjadi masalah dah lepas ni kalau beli ikan banyak-banyak. Simpan tu ikut je teknik di atas ini. Walaupun dah berhari-hari, ianya tetap segar tau.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Normah Bahari

Baca juga: Cara Mudah & Tepat Nak Bezakan Ikan Tongkol Putih Dan Hitam, Tengok Sirip Dan Kulitnya Je!

tags: | | |