Pernahkah anda membeli berkilo-kilo santan namun waktu nak masak baru perasan baunya lain macam. Tak mungkin nak guna kan, bimbang santan tersebut dah masam dan tidak boleh dimakan lagi. Jadi cara yang terbaik untuk mengelakkan berlakunya pembaziran adalah buat minyak kelapa.
Teknik penyediaan minyak kelapa ini sangatlah mudah. Malah terlampau banyak kebaikan minyak ini sebenarnya. Nak cuba buat? Jom kita ikuti cara atau teknik mudah membuatnya yang dikongsikan oleh Yatie Rahim ini.
Haa siap dah santan masam kami. Tq semua bagi idea. Dah nak buang dah santan tu. Elok je kejadian minyak bersih tiada bau. Boleh letak kat rambut. Siapa yang kena macam saya, boleh laa buat cara ni.
Mudah sahaja kan cara nak buat minyak kelapa menggunakan santan masam ini? Jadi kemudian hari kalau tiba-tiba ada santan masam, jangan sesekali buang. Lebih baik dibuat minyak kelapa. Banyak khasiatnya tau!
Kredit: Yatie Rahim Via MAHN
Baca juga: Cara Masak Kari Kepala Ikan Tanpa Guna Santan, Rasanya Memang Padu Habis!