Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tips Penting & Teknik Betul ‘Double Boiler’ Coklat Agar Coklat Mudah Cair & Tak Jadi Macam Dodol

Tips Penting & Teknik Betul ‘Double Boiler’ Coklat Agar Coklat Mudah Cair & Tak Jadi Macam Dodol

Kategori:
teknik double boiler yang betul

Coklat bar, coklat compound atau coklat coins sering digunakan untuk membuat kuih raya atau pun kek. Coklat berkenaan akan dicairkan terlebih dahulu sebelum digunakan. Antara teknik yang paling sesuai dan sering digunakan oleh orang ramai untuk mencairkan coklat adalah teknik double boiler.

Teknik double boiler ini adalah kaedah di mana kita menggunakan dua bekas. Didihkan air dalam bekas yang pertama (di bawah) dan letakkan coklat dalam bekas yang kedua (di atas). Namun perlu diingatkan bekas yang berisi air tadi adalah lebih kecil berbanding bekas yang di atas.

Teknik Betul Double Boiler

  • Panaskan air sehingga mendidih. Sehingga mendidih ya!
  • Bekas atas lebih besar dari di bawah supaya wap air tu tidak dapat keluar.
  • Paras air dalam bekas bawah tu tidak perlu cecah bekas atas sebab kita perlu wap air tu saja.
  • Potong coklat ke bentuk yang lebih kecil agar lebih mudah cair atau hancur.
  • Kacau coklat mengunakan spatula sampai coklat betul-betul cair.
  • Angkat bekas berisi coklat dari periuk air panas dan lap di bahagian bawah untuk mengelakkan air masuk ke dalam coklat ketika memindahkan ke dalam bekas lain.
  • Tutup api setelah air mendidih kerana coklat mencair disebabkan wap air panas dan bukannya disebabkan bekas coklat terendam dalam air panas.

Jangan Lakukan 3 Perkara Ini Sewaktu Proses Double Boiler

  1. Bekas atas lebih kecil dari bawah. Jangan sesekali buat macam ini sebab akan ada ruang kecil antara bekas tu. Ruang kecil inilah yang menyebabkan air terpecik masuk ke dalam coklat.
  2. Tidak matikan api sewaktu proses pencairan.
  3. Jangan titiskan atau percikan sebarang air. Ia akan menyebabkan coklat anda berketul dan tidak bersinar.

Semoga dengan perkongsian teknik double boiler coklat masakan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda semua. Semoga juga selepas ini tiada lagi kedengaran atau kelihatan ada di antara kita yang buntu dan menghadapi masalah.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Rahsia Yang Ramai Tak Tahu, Tepung Ini Mampu Sedapkan Biskut Raya Anda, Lebih Ringan & Rangup!

tags: |