Bihun atau mihun merupakan makanan pengganti nasi, sering dihidangkan pada waktu pagi dan malam. Bihun ini boleh disediakan dalam pelbagai jenis hidangan. Sama ada bihun sup, bihun goreng ataupun bihun rebus.
Selain membeli dari luar, ramai juga dalam kalangan kita lebih memilih untuk memasak sendiri bihun goreng dirumah memandangkan hidangan yang disediakan sendiri lebih selamat. Hendak masukkan segala jenis bahan dan lauk pun boleh.
Namun begitu, akan ada beberapa masalah selepas bihun goreng siap dimasak. Antaranya adalah bihun tersebut cepat sangat basi, tak sampai 8 jam pun bihun yang dimasak sudah berbau dan berair. Kadangkala kalau masak waktu pagi, petang dah tak boleh makan.
Rupa-rupanya untuk melambatkan bihun goreng basi ada caranya yang tersendiri tau, mungkin anda boleh ikuti perkongsian dari Firda Ashaary di bawah ini.
Pernah tak korang tertanya,
“Ehh kenapa bihun yang aku goreng malam, pagi esoknya dah basi? Atau goreng pagi, malam dah basi?”
Okay, cer check balik. Korang tumis cili kisar dulu ke masuk ayam, daging atau udang dulu?
Sepatutnya, untuk mengelakkan cepat basi. Lepas korang tumis bawang putih, korang kena masukkan ayam, daging atau udang tu dahulu sebelum masukkan cili kisar.
Masak sampai kering air yang keluar dari bahan-bahan tadi tu. Haa baru masukkan cili kisar, kicap, sos cili, sos tomato bagai tu.
Insya-Allah menu goreng-goreng korang akan tahan lama. Tak cepat basi. Tak kisah la bihun, mi atau kuewtiau.
Masak malam, tak habis makan pun boleh simpan buat sarapan esok pagi.
Bukan kedekut tau,
Tapi jimat!
Jelas sekarang kan teknik untuk menjadikan bihun goreng anda tahan lama dan tidak cepat basi. Oh ya, teknik sudah ada. Mana resepinya? Jom ikuti resepi bihun goreng sedap dan enak di bawah ini pula.
Nota:
Sudah ada teknik dan resepi kan? Jadi tunggu apa lagi tu, jom kita mula menggoreng bihun goreng sekarang. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Kredit: Firda Ashaary & Che Nom
Baca juga: Nasi Lemak Asli Pandan Mudah & Sedap, Tambat Selera Keluarga Dengan Rasa Berlemak Serta Wangi!