Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Teknik Masakan Untuk Menjadikan Telur Dadar Yang Anda Buat Lebih Gebu & Sedap!

Teknik Masakan Untuk Menjadikan Telur Dadar Yang Anda Buat Lebih Gebu & Sedap!

Kategori: ,
teknik masakan telur dadar lebih gebu dan sedap

Telur merupakan antara lauk yang wajib ada di dapur. Ia merupakan penyelamat kepada ramai orang saat kemalasan atau pun tidak mempunyai masa yang banyak untuk memasak. Malah harganya juga lebih murah berbanding lauk-lauk lain.

Walaupun begitu rasanya lebih sedap. Makan telur mata dengan kicap pun sudah cukup. Selain telur mata, telur dadar juga merupakan antara menu wajib ada saat menikmati hidangan yang bertomyam atau pun bersup.

Namun nak membuatkan telur dadar agar lebih gebu dan sedap ada tekniknya tersendiri tau. Nak tahu teknik tersebut? Jom kita ikuti perkongsian dari Nur Mashitah menerusi group Sembang Science.

Teknik Menjadikan Telur Dadar Gebu Dan Sedap

Teknik masakan yang berbeza mampu menghasilkan hidangan yang berbeza meskipun menggunakan bahan yang sama. Begitu juga apabila anda ingin menghasilkan telur dadar yang gebu. Ada teknik atau cara yang boleh diguna pakai bagi menghasilkan telur dadar yang gebu. Cuba bezakan dua teknik dibawah:

Teknik pertama.

Pukul telur putih dan telur kuning di dalam satu bekas dan kemudian goreng.

Teknik kedua.

Asingkan kuning telur dan putih telur. Pukul kedua bahan di dalam bekas yang berasingan. Putih telur dipukul sehingga kembang seakan-akan awan putih. Kemudian kuning telur di gaul dengan perlahan ke dalam bekas yang mengandungi putih telur tadi dan kemudian goreng.

Kedua-dua teknik ini menggunakan bahan yang sama, tetapi hasilnya berbeza. Telur dadar yang dihasilkan dengan teknik kedua akan lebih gebu daripada teknik pertama.

Apabila putih telur dipukul, anda sebenarnya sedang menambahkan udara pada putih telur. Udara yang terperangkap menghasilkan buih-buih seperti awan putih tadi dan meningkatkan isipadu telur. Hasilnya telur tampak lebih gebu dan lebih besar berbanding teknik pertama.

Hebat bukan, hanya dengan mengubah cara atau teknik masakan mampu menghasilkan produk yang berbeza.

Selain teknik pukulan, kesegaran dan suhu telur juga memainkan peranan dalam penghasilan buih yang stabil.

Jom kongsikan cara anda menghasilkan telur dadar yang gebu? 

Sumber rujukan: Lomakina, K., Míková, K. (2006). A study of the factors affecting the foaming properties of egg white – a review. Czech Journal of Food Sciences, 24(No. 3), 110–118.

Mudah sahaja kan nak menjadikan telur dadar lebih gebu dan sedap? Bahan yang digunakan pun sama sahaja. TIada yang berbeza dan tiada bahan lain pun cuma cara atau teknik yang digunakan berbeza. Jadi lepas ni boleh lah praktikkan teknik ini.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Nur Mashitah Via Sembang Science

Baca juga: Viral! Resepi Telur Goreng Cripsy, Mudah & Sangat Sedap. Rasa Macam Kulit Ayam!

tags: | | |