Daging lembu, daging kambing, daging kerbau dan sebarang jenis daging memerlukan masa yang agak lama untuk empuk dan lembut kan? Kalau sesiapa yang mempunyai pressure cooker memang tidak menjadi masalah. Tetapi bagi yang tiada perkakasan tersebut memang agak sukar.
Terpaksa tunggu berjam-jam dan perhatikan paras airnya selalu. Memang memenatkan. Namun andainya anda tahu cara ‘ini’. Ianya tidak menjadi masalah lagi kerana anda boleh sahaja menggunakan ais untuk melembutkan daging yang anda masak dengan cepat.
Teknik melembutkan daging dengan menggunakan ais ini dikongsi oleh tukang masak Thailand kepada Norsazenny Ariffin. Menurutnya, cara inilah yang selalu digunakan olehnya ketika memasak daging atau sup daging tulang. Dan teknik tersebut telah dipraktikkan oleh Nurazimah Azimah dan ternyata ianya betul-betul menjadi.
Cara macam ni yang selalu saya buat time nak masak daging. Nak masak sup daging sup tulang kejap je tak payah lama.
Mudah sahaja kan teknik lembutkan daging ini? Tak payah dah nak rebus lama. Hanya masukkan ais sahaja. Cepat pun cepat. Jangan lupa untuk kongsikan teknik yang mudah ini kepada kenalan anda ya!
SEMOGA BERMANFAAT!
Kredit : Norsazenny Ariffin & Nurazimah Azimah
Baca juga : Perap Daging Dengan ‘Baking Soda’ Boleh Lembutkan Daging? Biar Betul??