Telatah kanak-kanak waktu kecil sememangnya akan kita rindui apabila mereka sudah dewasa kelak. Mana tidaknya, tutur bicaranya, perangainya dan kelakuannya pada waktu kecil terlalu jujur. Jika ada telatah yang melucukan pasti kelihatan ikhlas dan memang hampir pecah perut kita ketawa kan.
Seperti mana video yang dikongsikan oleh Nurul Syakila mengenai telatah lucu adik lelaki yang sedang makan kuih donut bersama 2 adiknya mengundang tawa warga TikTok.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan itu, kelihatan anak lelakinya bercakap dengan adik perempuannya dan mengatakan bentuk donut berkenaan macam mereka. Mungkin kerana mereka agak berisi, oleh sebab itulah anak lelaki ini berkata sedemikian rupa.
Namun apa yang melucukan adalah apabila ibunya mendengar percakapannya, ibunya langsung bertanya “apa dia” dan diikuti dengan ketawa besar. Namun reaksi adik lelaki ini betul-betul diluar jangkaan kerana dia sudah tidak mahu makan donut berkenaan setelah ibunya mengetawakannya.
@chadadidu Hari tu dia cakap ummie. Hari ummie gelakkan awok! 🤣🤣🤣
@chadadiduHari tu dia cakap ummie. Hari ummie gelakkan awok! 🤣🤣🤣♬ original sound – Nurul Syakila
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok tercuit hati apabila melihat gelagat adik ini yang tiba-tiba tersentap diketawakan ibunya. Ada juga yang memuji telatah mereka yang comel, lebih-lebih lagi adik perempuannya.
Sumber: TikTok Nurul Syakila