Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Makan Biji Durian Hutan..” Telatah Jebat Jayden Sekali Lagi Buat Ramai Tergelak, Rupanya Rambutan

“Makan Biji Durian Hutan..” Telatah Jebat Jayden Sekali Lagi Buat Ramai Tergelak, Rupanya Rambutan

Kategori:

Siapa sahaja tidak mengenali Jebat Jayden, anak kepada kakak Neelofa iaitu Noor Nabila dengan suaminya terdahulu iaitu pelakon, Sharnaaz Ahmad. Jebat yang kini berusia 5 tahun seringkali menarik perhatian orang ramai. Tidak kira sama ada dari kalangan keluarga, para artis mahu pun orang luar.

Telatah dan gelagatnya yang melucukan setiap kali membuka mulut pastinya membuatkan ramai tidak kering gusi. Pasti ada sahaja ayat pelik, ayat baru serta ayat melucukan setiap kali bercakap seperti baru-baru ini.

Ramai terhibur bila Jebat Jayden sebut biji durian hutan

Malah yang terbaharu, Jebat Jayden sekali lagi membuat ramai dalam kalangan pengguna TikTok tidak kering gusi mendengar dia menyebut buah rambutan. Menerusi video yang dikongsikan oleh si ibu, Noor Nabila, kedengaran Jebat Jayden menyebut ‘biji durian hutan’ selepas ibunya bertanya apakah yang dimakan olehnya.

Nyatanya buah tersebut adalah buah rambutan. Bukan itu sahaja, sambil tersenyum Jebat Jayden juga sempat memberitahu rasa rambutan tersebut seperti buah Strawberri selepas ditanya apakah rasanya.

Melihat telatahnya yang melucukan, bukan sahaja orang luar malah ibunya sendiri juga turut terhibur. Jauh sekali biji durian hutan dan buah rambutan tu.

@noornabila00 Kesian dia makan biji durian… hahaha rambutan la anak oi #jebatjayden #kidsoftiktok #fyp #fypシ゚viral ♬ original sound – Noor Nabila

Lahir-lahir dah kelakar ke..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen dan reaksi dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang bertanya, apakah Jebat ini dilahirkan sudah kelakar. Malah ada juga yang meninggalkan komen menyatakan semua benda yang dimakan oleh Jebat rasa strawberri.

Nak video Jebat setiap hari..

Tidak kurang juga ada yang berasa geram dan meminta ibunya kongsi video Jebat Jayden setiap hari kerana terhibur melihat lawak spontan si Jayden Jebat ini.

Mungkin sifat kelakar itu diwarisi oleh ayahnya. Didoakan semoga anak kecil ini berjaya dan menjadi insan yang berguna kepada bangsa, agama dan negara suatu hari nanti. Tetaplah menceriakan hidup kami yang tertekan dengan kehidupan ini wahai Jebat Jayden.

Sumber: TikTok Noor Nabila

Baca juga: “Awal Mula Rokok..”, Nano Spray Dan Air Teh Dijadikan Vape, Ramai Kecam Tindakan Kanak Ini

tags: | | |