Akhir-akhir ini, harga telur ayam sering meningkat. Oleh itu, ramai yang berjimat-cermat semasa menggunakannya dan bagi mengelakkan berlakunya pembaziran, ia disimpan di tempat yang sesuai seperti peti ais.
Namun begitu, adakalanya hal tidak diduga akan berlaku. Telur ayam yang dibeli tetap akan rosak jika suhu peti ais berada pada tetapan yang salah. Rajin-rajin periksa peti ais masing-masing untuk mengelakkan pembaziran seperti yang berlaku pada wanita ini.
Membeli beberapa biji telur ayam, sha_8891 telah menyimpannya dalam peti ais di rumah untuk diguna kemudian. Bila dah tiada idea untuk menyediakan lauk apa untuk keluarga, dia terus ke peti ais untuk mengambil beberapa biji telur untuk digoreng.
Walaupun begitu, dia terkejut apabila melihat lupa telur ayam tersebut setelah dipecahkan kulitnya. Menggeras seperti ais, dia berasa gerun untuk menggunakannya dalam masakannya. Akhirnya terpaksa dibuang dengan begitu sahaja.
Perlukan penjelasan, dia memeriksa peti ais dan menyedari suhu menjadi punca perkara itu berlaku. Ia telah diselaras ke suhu yang paling maksimum, menyebabkan telur ayam menjadi beku.
Meskipun tidak didedahkan, wanita itu dapat mengenalpasti siapa yang bersalah dan menjadi penyebab perkara itu berlaku.
https://www.tiktok.com/@sha_8891/video/7135406743911189786?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@sha_8891 Tak tahu la nk gelak ka nk sedih #fyp #sikokbagiduo #telor ♬ Sikok Bagi Duo ( Tiktok ) – Meli Dedi
Menjengah di ruangan komen, hal yang sama turut berlaku pada segelintir orang ramai. Ulas pengguna Atierah93; “Ahahaha… kalau saya sayur abes berais.. tengok-tengok hermm taw la sape punyer keje..”.
“Pernah terjadi.. ingatkan telur dah rosak bila tengok dia punya suhu full, anak-anak dok pusing. Biarkan kat luar jap, nanti telur dia cair cam biasa.”; nasihat rina_hazrina.
Agak-agaknya siapalah suspek tu? Kalau disiasat, tak lain tak bukan anak-anak, kan? Para ibu yang mempunyai anak-anak kecil berhati-hati ya, takut suhu peti ais dinaikkan tanpa sedar oleh mereka, nanti habis semua benda menjadi beku! Terus tak boleh nak masak.
Kredit: sha_8891