Ramai yang terkesan disebabkan oleh wabak Covid-19 yang melanda negara yang telah menyebabkan ramai orang telah hilang sumber pendapatan untuk memberi makan kepada keluarga mereka.
Bayangkan jika anda mengalami saat sukar tiada wang untuk makan, pasti anda akan rasa sangat bersyukur jika diberi bantuan bukan?
Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila ada hamba Allah yang tidak bersyukur apabila diberi bantuan. Katanya, asyik dapat bantuan benda yang sama sehingga naik muak.
Kisah itu dikongsikan sendiri oleh si penderma yang mesra dipanggil sebagai ‘Ummi’, seorang yang pemurah kerana pada setiap bulan dia akan memberi bantuan makanan kepada 10 buah keluarga.
Barangan bantuan makanan yang sering diberikan oleh Ummi adalah beras, gula, bihun, telur, maggi, susu, minyak, sardin, kicap dan banyak lagi. Boleh dikatakan bantuan yang diberi agak mewah kerana anggaran barangan untuk 1 keluarga adalah sebanyak RM150.
Ummi menceritakan dia telah dihubungi oleh seorang hamba Allah, keluarganya agak dalam kesempitan kerana suaminya yang malas bekerja dan mempunyai anak yang ramai. Sejak PKP yang telah dilaksanakan, perniagaan kuih si isteri terkesan kerana kedai ditutup.
Apa yang mengecewakan, semasa Ummi scroll Facebook miliknya, tiba-tiba dia terpandang satu posting dimuat naik oleh hamba Allah yang menerima bantuan tadi. Siap muat naik gambar bantuan makanan yang diterima.
“Alahai telur ayam lagi, lama-lama boleh jadi muka ayam dah duk hadap telur ayam hari-hari, setiap bulan benda sama. Ikhlas ke tak bagi bantuan dan nak tolong? Kalau nak memberi dan menolong biarlah ikhlas. Kami orang susah tapi kami bukan macam lembu yang duk ragut rumput setiap hari boleh makan benda sama je,” kata si penerima.
Luluh hati Ummi apabila melihat posting tersebut.
“Hati Ummi ni direntap pedih, berbisa, geram, malu, terkilan, kecewa, nak maki, nak marah dan macam-macam rasa bercampur aduk dalam 1 masa. Akhirnya cuma mampu menangis.
Terus Ummi block sebab ummi tak nak tambah dosa. Ummi bukan jenis yang suka nak gaduh dan bising. Tak nak kebaikan yang dibuat berakhir dengan dosa,” kata Ummi.
Baca posting lengkap oleh Ummi:
https://www.facebook.com/angrik.rimba/posts/3561482004077807
Apapun, jadi lah seorang yang bersyukur apabila telah menerima bantuan. Barangan yang diberikan juga boleh dipelbagaikan cara masakannya. Tiada sebab untuk merungut kerana asyik menerima bantuan makanan yang sama. Sepatutnya lebih bersyukur kerana masih ada orang yang pemurah dan baik hati untuk membantu.
Sumber: Mahani Bt Udit