Goreng telur memang satu masakan yang sangat mudah dan sedap. Namun nak menghasilkan telur goreng yang tidak melekat pada kuali bukanlah satu perkara yang mudah.
Tetapi ia juga bukanlah satu perkara yang susah. Kalau menggunakan teknik yang betul dan pilihan kuali yang tepat, pasti telur goreng tidak akan melekat.
Berkenaan dengan kuali dan telur ini, terbaharu ada seorang wanita sempat berkongsi kejadian di mana dia menggoreng telur menggunakan kuali non stick. Nyatanya telur yang digoreng memang betul-betul tidak melekat langsung. Malah telur tersebut melekat pada tudung kuali pula.
Berkongsi kejadian itu di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official berserta dengan caption seakan-akan ingin mempromosikan kuali berkenaan, pastinya ia merupakan satu situasi atau kejadian yang sangat melucukan. Mana tidaknya kerana ini bukanlah perkara yang biasa terjadi.
Kuali jenama ini sangat bagus puan ye. Tidak melekat pada kuali langsung.
Jarang sekali bukan kejadian telur melekat pada tudung kuali ini berlaku. Namun hal tersebut berlaku kepada wanita yang dikenali dengan nama Idaa Shada ini. Melihat situasi itu, ramai warganet yang tidak dapat menahan tawa dan menganggapnya satu kejadian yang sungguh melucukan.
Bukan itu sahaja ada juga warganet yang memuji kuali berkenaan sangat hebat. Hantaran gambar lucu ini juga menarik minat sesetengah warganet sehingga ada yang tertanya-tanya di mana Idaa membeli kuali berkenaan.
Di samping itu, ada juga segelintir warganet tampil di ruangan komen untuk bertanyakan apa yang dimasukkan dalam telur berkenaan dan juga cara menggoreng telur tersebut sehingga langsung tidak melekat.
Ajaib bukan? Lepas ni kena beli kuali yang macam ini juga lah. Barulah goreng telur tak melekat pada kuali. Tapi pastikan tudung kuali tu bersih dan suci ya, sebab telur ini akan melekat pada tudungnya.
Kredit: Idaa Shada Via MATJHN
Baca juga: Petua Menggoreng Ikan Supaya Tidak Berbau Hanyir & Tidak Melekat Di Kuali. Ikut Je Cara Ini!