Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Pakar Pemakanan Dedah ‘Telur Separuh Masak’ Menjadi Punca Keracunan Makanan

Pakar Pemakanan Dedah ‘Telur Separuh Masak’ Menjadi Punca Keracunan Makanan

Kategori: ,
telur-separuh-masak-bahaya-3

Ramai yang suka telur separuh masak atau telur goyang kan? Sampai marah bila orang lain pecahkan telur kuning dia yang bergoyang tu.

Tapi ramai yang tak tahu, ada perbezaan jumlah protein yang dapat diserap oleh badan kita bergantung kepada berapa masaknya telur tersebut.

Berdasarkan beberapa kajian, hanya 50% ke 74% protein sahaja yang mampu diserap oleh badan kita daripada telur mentah atau kurang masak. Bagi telur yang dimasak sempurna, badan kita dapat menyerap 90% ke 94% protein daripada telur tersebut.

Proses memasak menyebabkan perubahan pada struktur protein dan enzyme didalam telur, membuatkan protein lebih mudah diserap dan dihadam oleh badan.

Risiko bakteria Salmonella

Selain itu, telur yang tidak dimasak sempurna mempunyai risiko bakteria Salmonella yang menjadi punca keracunan makanan. Bagi kanak-kanak dan wanita mengandung, adalah sebaiknya dielakkan.

Masing-masing ada pilihan dan citarasa tersendiri. Tiada masalah jika anda memang suka telur separuh masak atau telur goyang kerana sekurang-kurangnya ada juga sumber protein baik yang dapat diambil. Cuma pastikan setiap hidangan yang diambil adalah seimbang.

Sumber: Syaza Nutritionist

Baca Juga: “Kena Bawak Hospital Cepat…” Seram Melihat Kejadian Aneh Pada Telur Goreng, Warganet Suruh Cepat-Cepat Buang

tags: |