Dalam hubungan percintaan, kita seharusnya bersedia untuk menerima kekurangan pasangan masing-masing jika ingin sebuah hubungan yang baik dan berkekalan. Baik atau buruk, kita perlu sedia untuk menerima. Lagipun, percintaan juga dapat mengajar kita erti bersabar dan toleransi.
Namun begitu, ada sesetengah kerenah pasangan yang akan benar-benar menguji kesabaran kita. Lebih-lebih lagi bila citarasa sesebuah pasangan itu tidak sama. Tak semestinya apa yang digemari oleh diri itu kena dengan mereka.
Di laman TikTok, seorang pengguna, sutradaramalaya, memuat naik sebuah video dan berkongsi kerenah teman wanitanya baru-baru ini.
Teman wanitanya tak suka makan di kedai mamak, jelas dia berasa tidak selesa bila dibawa ke sana. Nak makan roti canai pun tampak tidak berselera dan mengambil masa yang lama, seperti merajuk. Justeru itu, lelaki itu cuba pula membawanya ke salah sebuah cawangan restoran Teh Tarik Place, sebuah restoran terkenal yang menghidangkan pelbagai hidangan Malaysia dengan harga yang berpatutan. Namun menurutnya, teman wanitanya tampak masih lagi tidak berpuas hati.
@sutradaramalaya Nak tnya, teh tarik place tu level mamak ke? . Bagi saya level bangsawan… #fypage #fyp #fypシ #tehtarikplace #fypage #tehtarik
@sutradaramalayaNak tnya, teh tarik place tu level mamak ke? . Bagi saya level bangsawan… ##fypage ##fyp ##fypシ ##tehtarikplace ##fypage ##tehtarik♬ original sound – Izaq Yuzaini
Menjengah di ruangan komen, para warganet berasa tidak puas hati melihat kerenah teman wanita lelaki itu. Malah, ada yang meminta supaya dia berfikir pangjang mengenai hubungannya.
Namun, ada juga berasakan tindakan lelaki itu yang telah memuat naik video teman wanitanya sebegitu adalah tidak bertanggungjawab, seolah suka kenakan teman wanita sendiri.
Mungkin video yang dimuat turun adalah gurauan di antara pasangan jadi kita tidak seharusnya mengambil terlalu serius akan hal itu. Kalau anda mempunyai pasangan yang tidak gemari sesuatu makanan atau aktiviti, boleh lah ajak mereka cuba. Mana lah tahu mereka tiba-tiba jadi suka.
Kredit: TikTok sutradaramalaya