Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » 7 Tempat Makan Halal Di Penang Untuk Kaki Makan

7 Tempat Makan Halal Di Penang Untuk Kaki Makan

Kategori: ,
Tempat Makan Halal Di Penang

Penang diibaratkan sebagai syurga makanan. Macam-macam makanan boleh dicuba di sana. Memang wajib food hunting kedai-kedai terkenal ini kalau anda berada di Penang!

Tapi Halal ke?!

Apa yang menjadi kerisauan masyarakat beragama Islam adalah, adakah semua makanan yang viral di Penang itu ‘Halal’? Jom lihat senarai kedai makan viral halal di Penang yang wajib anda serbu di bawah.

7 Tempat Makan Halal Di Penang Untuk Kaki Makan

1. Restoran Kapitan

Restoran ini dibuka 24 jam. Menu yang paling popular disini dalah Nasi Kandar. Mee Goreng dan Roti Canai juga boleh didapati di sini.

Pengunjung biasanya datang untuk mencuba menu istimewa mereka iaitu Claypot Briyani. Claypot Briyani dihidangkan dengan pelbagai pilihan bermula dari ayam, daging dan mutton. Tandoori ayam bersama roti naan juga menjadi pilihan disini.

Lihat lagi gambar lain dan review dari pelanggan yang pernah ke restoran ini:

[foogallery id=”38162″]

 

Alamat: 93, Lebuh Chulia, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.

Waktu operasi: Buka 24 jam setiap hari

2. Nasi Kandar Beratur

Kedai Nasi Kandar Beratur ni kalau tak line panjang memang tak sah, memang selalu ramai orang beratur.

Yang ni wajib cuba buat yang masih belum pernah rasa. Kalau datang sini, paling sedap jika pilih lauk ayam goreng berempah dengan sayur bendi dan juga sotong besar dengan campura kuah kari yang berempah.

Lihat lagi gambar lain dan review dari pelanggan yang pernah ke restoran ini:

[foogallery id=”38180″]

 

Alamat: 98, Jalan Masjid Kapitan Keling, 10300 George Town, Penang.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari jam 2 petang-10 malam

3. Mee Sotong Special Hameed Pata

Kalau ke Penang, tempat ni juga wajib singgah makan iaitu Mee Sotong Hameed Pata.  Merupakan menu istimewa yang hanya ada di Penang.

Antara menu lain yang popular di sini adalah Mee Rebus Sotong dan Mee Goreng Sotong. Mee Goreng Sotong ini digoreng berempah bersama taugeh, ubi kentang dan telur yang dihidangkan bersama sambal sotong dan hirisan limau yang diperah.

Lihat lagi gambar lain dan review dari pelanggan yang pernah ke restoran ini:

[foogallery id=”38193″]

 

Alamat: Hameed ‘Pata’ Mee Sotomg. 6, Kota Selera Padang Kota Lama (Fort Cornwallis Food Court), Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, 10200, Georgetown, Penang.

Waktu operasi: 11.30 pagi-8 malam (Isnin-Sabtu), tutup setiap hari Ahad.

4. Sup Hameed

Restoran Sup Hameed juga wajib disinggah jika ke Penang! Menu yang biasanya dipesan oleh orang ramai ialah sup ayam, sup daging, sup lidah atau sup perut. Semua jenis menu sup akan dihidangkan bersama roti benggali, barulah sempurna!

Lihat lagi gambar lain dan review dari pelanggan yang pernah ke restoran ini:

[foogallery id=”38480″]

 

Alamat: 48, Jalan Penang, 10000 George Town, Penang.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 7 pagi-12 tengah malam

5. Roti Canai Transfer Road

Menu wajib dicuba disini adalah roti canai dan telur goyang. Untuk roti canai telur atau roti canai biasa dimakan bersama kari ayam, kari kambing, kari ikan dan sebagainya.

Kebiasaannya menu ini dimakan secara banjir, baru syok. Jangan lupa juga cuba roti bakar telur goyang, yang pasti kalau order satu memang tak cukup!

Lihat lagi gambar lain dan review dari pelanggan yang pernah ke restoran ini:

[foogallery id=”38492″]

 

Alamat: 56 Jalan Transfer, Pulau Pinang, Malaysia.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 7 pagi-12 tengah hari

6. Mee Goreng Bangkok Lane

Mee Goreng Bangkok Lane ini terletak di dalam sebuah kedai kopi yang dipanggil Seng Lee Coffeeshop. Menu popular di sini tak lain tak bukan, adalah Mee Goreng Mamak Style yang digoreng oleh dua beranak iaitu ayah dan anak.

Lihat lagi gambar lain dan review dari pelanggan yang pernah ke restoran ini:

[foogallery id=”38508″]

 

Alamat: Seng Lee Coffeeshop, 280, Jalan Burma, 10350 Geoge Town, Penang.

Waktu operasi: Selasa hingga Ahad; 8.30 pagi – 6.30 petang (Tutup setiap Isnin).

7. Restoran Nasi Padang Minang

Selain Nasi Kandar, anda juga boleh mencuba Nasi Padang Minang yang menyediakan menu dari gaya masakan yang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia. Masakan Minang berasaskan cili padi tetapi tidak terlalu pedas buat anda yang merupakan penggemar makanan pedas.

Mereka juga menyediakan pelbagai jenis lauk untuk makanan tengah hari pada harga yang berpatutan. Jangan lupa berkunjung jika anda ingin mencuba!

Lihat lagi gambar lain dan review dari pelanggan yang pernah ke restoran ini:

[foogallery id=”38524″]

 

Alamat: 92, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.

Waktu operasi: 11 pagi-5 petang (Selasa-Khamis), 9 pagi-5 petang (Sabtu-isnin), Jumaat ditutup

Sumber gambar: Tripadvisor

tags: