Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

7 Tempat Makan Halal Di Penang Untuk Kaki Makan

Nasiha Gaberan by Nasiha Gaberan
Julai 18, 2020
in Info, Tempat Makan
4 min read
0 0
0
Tempat Makan Halal Di Penang
2
SHARES
22
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Penang, diibaratkan sebagai syurga makanan.

BacaJuga

No Content Available

Macam-macam makanan boleh dicuba di sana. Memang wajib food hunting kalau berada di Penang!

Halal ke?!

Tapi yang menjadi kerisauan masyarakat yang beragama Islam adalah, adakah semua makanan yang diviralkan di Penang itu ‘Halal’?

9 tempat yang memang pasti halal di Penang

Dibawah adalah senarai tempat makan halal di Penang.

1. Restoran Kapitan

Sumber gambar: Roambear

Restoran ini dibuka 24 jam. Menu yang paling popular disini dalah Nasi Kandar. Mee Goreng dan Roti Canai juga boleh didapati di sini.

Sumber gambar: Saji

Pengunjung biasanya datang untuk mencuba menu istimewa mereka iaitu Claypot Briyani. Claypot Briyani dihidangkan dengan pelbagai pilihan bermula dari ayam, daging dan mutton.

Sumber gambar: Saji

Tandoori ayam bersama roti naan juga menjadi pilihan disini.

 

Jangan lupa singgah jika ke Penang!

 

Alamat: 93, Lebuh Chulia, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.

2. Nasi Kandar Beratur

Kedai Nasi Kandar Beratur ni kalau tak line panjang memang tak sah, memang selalu ramai orang beratur.

Yang ni wajib cuba buat yang masih belum pernah rasa.

Kalau datang sini, paling sedap jika pilih lauk ayam goreng berempah dengan sayur bendi dan juga sotong besar dengan campura kuah kari yang berempah.

Alamat: 98, Jalan Masjid Kapitan Keling, 10300 George Town, Penang.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari jam 10pagi – 10 malam.

3. Mee Sotong Special Hameed Pata

Sumber gambar: EAT OUT with SAM 

Kalau ke Penang, tempat ni juga wajib singgah makan iaitu Mee Sotong Hameed Pata.  Merupakan menu istimewa yang hanya ada di Penang.

Antara menu lain yang popular di sini adalah Mee Rebus Sotong dan Mee Goreng Sotong. Mee Goreng Sotong ini digoreng berempah bersama taugeh, ubi kentang dan telur yang dihidangkan bersama sambal sotong dan hirisan limau yang diperah.

Wajib cuba tau!

 

Alamat: Hameed ‘Pata’ Mee Sotomg. 6, Kota Selera Padang Kota Lama (Fort Cornwallis Food Court), Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, 10200, Georgetown, Penang.

Waktu operasi: 11.30 pagi – 8.00 malam (Isnin-Sabtu), tutup setiap hari Ahad.

Sumber gambar: Bikersrepublic

4. Sup Hameed

Sumber gambar: instagram @lineatstheworld

Kedai Sup Hameed juga wajib disinggah jika ke Penang!

Menu yang biasanya dipesan oleh orang ramai ialah sup ayam, sup daging, sup lidah atau sup perut.

Semua jenis mnu sup akan dihidangkan bersama roti benggali, barulah sempurna!

 

Alamat: 48, Jalan Penang, 10000 George Town, Penang.

Waktu operasi: Dibuka setiap hari, 24 jam.

Sumber gambar: CilLilyPutih

Sumber gambar: Jom Jalan

5. Roti Canai Transfer Road

Sumber gambar: Penang Brotherhood

Menu wajib dicuba disini adalah roti canai dan telur goyang. Untuk roti canai telur atau roti canai biasa dimakan bersama kari ayam, kari kambing, kari ikan dan sebagainya.

Kebiasaannya menu ini dimakan secara banjir, baru syok. Jangan lupa juga cuba roti bakar telur goyang, yang pasti kalau order satu memang tak cukup!

 

Alamat: 56 Jalan Transfer, Pulau Pinang, Malaysia.

Waktu operasi: 6.30 pagi – 1 petang & 3.30 petang – 7 malam.

Sumber gambar: Penang Brotherhood

Sumber gambar: LimKiatSiang

6. Mee Goreng Bangkok Lane

Sumber gambar: Instagram @inkidloke

Mee Goreng Bangkok Lane ini terletak di dalam sebuah kedai kopi yang dipanggil Seng Lee Coffeeshop. Menu popular di sini tak lain tak bukan, adalah Mee Goreng Mamak Style yang digoreng oleh dua beranak iaitu ayah dan anak.

 

Alamat: Seng Lee Coffeeshop, 280, Jalan Burma, 10350 Geoge Town, Penang.

Waktu operasi: Selasa hingga Ahad; 8.30 pagi – 6.30 petang (Tutup setiap Isnin).

Sumber gambar: shaiful.z

7. Restoran Nasi Padang Minang

Sumber gambar: Instagram @shamsulshamsul

Selain Nasi Kandar, anda juga boleh mencuba Nasi Padang Minang yang menyediakan menu dari gaya masakan yang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia. Masakan Minang berasaskan cili padi tetapi tidak terlalu pedas buat anda yang merupakan penggemar makanan pedas.

Mereka juga menyediakan pelbagai jenis lauk untuk makanan tengah hari pada harga yang berpatunan.

Jangan lupa berkunjung jika anda ingin mencuba!

 

Alamat: 92, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.

Waktu operasi: 11.00 pagi – 3.00 petang.

Sumber gambar: Hungry Onion

 

Download WordPress Themes Free
Download WordPress Themes
Download WordPress Themes Free
Download WordPress Themes Free
lynda course free download
download karbonn firmware
Tags: Tempat Makan Halal Di Penang
Share2TweetSend

Related Posts

Golden Butter Cereal
Info

KFC Lancar Golden Butter Cereal, Ayam Goreng Bersalut Nestum Manis & Aneka Rempah Ratus

Januari 26, 2021
66
makan banyak tapi tetap kurus
Info

Jangan ‘Seronok’ Sangat Makan Banyak Tapi Tetap Kurus, Doktor Ini Jelaskan Sebabnya

Januari 26, 2021
38
Berita

Orang Malaysia Beli Syarikat Jem ‘Ternama’ Di Australia, Sampai Jadi Buah Mulut Di Sana

Januari 25, 2021
3.1k
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2020 Copyright Daily Media

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2020 Copyright Daily Media

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist