Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » Tempat Makan Terbaik Yang Perlu Anda Singgah Jika Berada Di Negeri Pahang

Tempat Makan Terbaik Yang Perlu Anda Singgah Jika Berada Di Negeri Pahang

Kategori: ,

Pahang merupakan salah satu daripada tiga negeri di pantai timur Malaysia. Banyak tempat makan yang boleh anda kunjungi jika melancong ke negeri ini. Makanan yang dihidangkan dapat membuatkan anda menjilat jari. Mari saya kongsikan beberapa tempat makan terbaik di negeri Pahang yang pernah saya kunjungi.

Restoran Anna Ikan Bakar Petai , Tanjung Lumpur , Kuantan

Nama Ana Ikan Bakar petai sangat terkenal dikalangan penggemar ikan bakar. Sekiranya anda menginginkan kelainan dalam hidangan ikan bakar anda, anda disyorkan untuk ke Ana Ikan Bakar bagi merasai perbezaannya.

Selain di Kuantan, Ana Ikan Bakar Petai juga mempunyai cawangan kedua di Bangi, Selangor. Ikan bakar petai merupakan signature kepada kedai ini. Selain itu, Ana ikan bakar juga menawarkan menu lain seperti masakan ala Thai, seafood bakar serta masakan.

Lokasinya terletak di Jalan Tanjung Lumpur, Perkampungan Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang. Konsep yang terbuka di kedai makan ini sangat sesuai dengan tema sebuah medan makan ikan bakar.

Kekurangan parkir kereta bukanlah menjadi satu masalah yang besar kerana kedai ini telah meyediakan tempat parkir kereta yang luas. Dengan ruang makan yang luas serta pekerja yang ramai, pengunjung akan berasa selasa dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

 

Go’Bang Maju Patin Tempoyak , Temerloh

Temerloh memang dikenali sebagai Bandar Ikan Patin disebabkan oleh industri ternakan ikan sungai itu yang banyak diusahakan di sini selain lambakan restoran yang menyediakan masakan berasaskan ikan patin. Jadi Go’Bang Maju merupakan tempat yang tepat untuk anda merasai keenakkan ikan patin tempoyak.

Terdapat empat lagi menu yang dihidangkan berasaskan patin selain masak tempoyak iaitu pais bakar tempoyak, bakar air asam, masak asam pedas dan goreng. Selain di Temerloh Go’Bang Maju juga telah melebarkan sayapnya ke Kuantan iaitu di Jalan Baserah, Kuantan dan di Kuala Lumpur Taman Sri Rampai, Setapak.

Lokasi di Temerloh iaitu di Jalan Triang Temerloh bersebelahan stesen minyak Esso. Selain itu, kedai ini menyediakan pelbagai jenis ulam-ulaman yang sesuai dimakan dengan lauk ikan patin. Waktu operasi bagi kedai ini bermula dari 11 pagi sehingga 10 malam kecuali hari Khamis.

 

Lila Wadi Restaurant, Kuantan

Bagi penggemar pencuci mulut, anda disarankan untuk mengunjungi Lila Wadi Restaurant. Terdapat pelbagai pilihan pencuci mulut yang disedia termasuklah mango cheese cake ia merupakan menu yang terkenal di restoran.

Menu seperti makanan Western, Soup, BBQ steamboat serta tomyam juga disediakan. Jadi pengunjung mempunyai pelbagai pilihan makan yang boleh dinikmati.

Selain itu, pelanggan tetap Lila Wadi Restaurant selalu menikmati nasi goreng direstoran ini. Konsep yang diamalkan di restoran ini iaitu relax and contemporary memberikan aura yang positif buat pengunjung yang datang untuk menikmati makanan yang disediakan di sini.

Restoran ini dibuka setiap hari bermula dari 5 petang hingga 12 tengah malam yang dimana ia sangat sesuai untuk dijadikan tempat makan malam bersama orang tersayang.

200 seeds cafe (Abang Strawberry) Cameron Highlands

Bagi mereka yang ingin merasakan kelainan dalam masakan nasi lemak harian, maka 200 seed  café merupakan destinasi yang paling tepat untuk dituju ketika berada  di Cameron Highland, Pahang.

200 seed café ini sangat terkenal dengan sambal strawberrynya. Ia merupakan sambal yang diperbuat dari strawberry yang dipetik segar dari kebun di 200 seed café ini sendiri. Selain nasi lemak, menu seperti pasta, chicken chop, mee kari dan lain-lain juga disediakan.

Harga yang ditawarkan sangat berpatutan seiring dengan perkhidmatan yang disediakan. Pada masa yang sama, pengujung juga boleh mengambil pengalaman memetik sendiri strawberry di kebun 200 seed café ini.  Waktu operasi bagi café ini dari 8 pagi sehingga 7 malam setiap hari kecuali pada hari Jumaat iaitu 8 pagi sehingga 1 petang dan 3 petang sehingga 7 petang.

 

Taman Apple Cameron, Tanah Rata

Restoran  Taman Abang juga dikenali dengan nama baru Taman Apple Cameron dan lokasinya yang terletak di tengah-tengah Pekan Tanah Rata telah mendapat sambutan dimana pengunjung lebih meminati steamboat untuk dimakan dimalam hari.

Cuaca yang sejuk dan dingin merupakan aktu yang sangat sesuai untuk menikmati steamboat disusuli dengan angin ditengah-tengah pekan Tanah Rata. Waktu operasi bagi Taman Apple Steamboat ini bermula dari 5 petang sehingga 12 tengahmalam.

Pada waktu pagi pula, Taman Apple Cameron ini menyediakan sarapan yang boleh didapati dengan harga yang berbaloi dari 8 pagi sehingga 4 petang.

 

Kula Cakes , Kuantan

Berkonsepkan hipster seiring dengan perkembangan masyarakat hari ini, Kula Cakes telah mendapat perhatian dalam masyarakat dari semua lapisan umur bukan sahaja tempat yang cantik bahkan juga rasa Manggo cheese cake yang membuatkan pengunjung tidak putus-putus untuk datang kesini. Selain itu, kek red velvet juga merupakan tarikan pengunjung ke disini.

Harga yang ditawarkan bagi setiap potong kek adalah sangat berbaloi dan bersesuaian dengan saiznya. Lokasi Kula Cakes ini sangat stategik iaitu di tengah-tengah bandar Kuantan dan diapit oleh bangunan yang tinggi. Ia merupakan tempat yang menarik bagi pengunjung yang ingin menikmati pencuci mulut. Selain di Kuantan, cawangan kedua Kula Cakes di Shah Alam. Waktu operasi bagi Kula Cakes ini dari 1 petang hingga 9 malam.

 

tags: |