Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Semerbak Bau…”, Tempoyak Meletup Sampai Ke Syiling, Satu Rumah Bau Tempoyak!

“Semerbak Bau…”, Tempoyak Meletup Sampai Ke Syiling, Satu Rumah Bau Tempoyak!

Kategori:
tempoyak meletup habis satu rumah

Kebiasaanya apabila datang musim durian, pastinya penggemar tempoyak akan mencari durian yang kurang elok untuk dijadikan tempoyak. Tempoyak ini memang sangat mudah untuk dibuat namun penyimpanannya haruslah berhati-hati dan perlu tahu cara yang betul.

Kenapa perlu berhati-hati? Hal tersebut adalah kerana isi durian ini bergas. Kalau salah teknik pastinya tempoyak itu akan keluar atau pun balang tersebut akan meletup.

Tempoyak meletup…

Seperti mana kisah yang dikongsi oleh Tuka Duka Fieza di laman facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni berkenaan dengan kejadian tempoyak meletup di rumahnya. Disebabkan kejadian tersebut, habis satu rumah berbau tempoyak. Bukan itu sahaja malah setiap sudut dapur hingga ke syiling ditampali dengan tempoyak.

Nak post bkn masak xjadi, tapi Kes tempoyak meletop. Kalau simpan tempoyak pastikan jangan isi penuh biarkan ada sedikit ruang. Kalau tak, jadi bom jangka dan abis satu rumah bau tempoyak.

Kejadian itu agak melucukan dan membuat warganet berasa geli hati. Menjengah ke ruangan komen ada yang  berasa geli hati dengan kejadian yang dikongsi oleh wanita ini. Malah ada juga yang berkongsi teknik atau cara penyimpanan tempoyak ini.

Maaf saya tergelak…

Semerbak ni sis…

Teringat cerita cik kiah…

Kredit: Tuka Duka Fieza

tags: | |