Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » “Kononnya Nak Sihat..”, Temui Cacing Dalam Kubis Organik Buat Wanita Ini Geli Dan Tak Jadi Nak Masak

“Kononnya Nak Sihat..”, Temui Cacing Dalam Kubis Organik Buat Wanita Ini Geli Dan Tak Jadi Nak Masak

Kategori:

Kubis merupakan antara sayuran yang sangat digemari oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Walaupun ramai yang menggemari sayuran ini, namun tidak ramai yang menanamnya sendiri. Rata-rata dari kita akan membelinya dari pasaraya atau pun kedai sayuran.

Terdapat pelbagai jenis kubis, ada yang organik di mana tidak menggunakan sebarang racun semasa proses tanamannya. Orang yang sangat mementingkan kesihatan pasti akan membeli kobis organik ini. Namun apabila membeli yang organik kita perlu sabar dan menghadapi segala kemungkinan kerana akan ada ulat atau cacing.

Temui banyak cacing dalam kubis organik yang dibeli

Seperti mana yang dikongsikan oleh Munyrah Mahmud berkenaan dengan kubis organik yang dibelinya. Katanya, dia membeli kubis organik berkenaan adalah untuk sihat namun lain pula jadinya. Apabila dia membelah sayuran tersebut, banyak cacing yang keluar.

Melihat situasi itu pastinya ia sangat menggelikan. Lebih-lebih lagi jika individu tersebut seorang yang penggeli. Ekoran itu dia tidak jadi hendak memasak kubis berkenaan. Sewaktu memuat naik video tersebut pun dia berasa ingin muntah apatah lagi jika hendak memakannya.

@munyrahmahmud

Reply to @ayu.oshin masa up video ni pun rasa nk muntah tengok. apatah nk makan. idok ler teman 😂

♬ Love Me Like You Do – Rayssa💋

@munyrahmahmud Reply to @ayu.oshin ♬ Love Me Like You Do – raay_busquini

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen dari warganet. Ada yang turut berasa geli apabila melihat cacing yang keluar dari kubis berkenaan. Tidak kurang juga ada yang mengatakan jika sayuran yang ada ulat atau cacing ianya adalah elok kerana tidak menggunakan racun serangga.

Dalam masa yang sama ada juga yang sempat meninggalkan komen mengatakan dia akan cabut helaian kubis tersebut satu persatu dan ada juga yang mengatakan akan merendamkan sayuran tersebut dalam air garam selama 10 minit.

Mungkin dah ramai dalam kalangan anda yang sudah biasa dengan sayuran organik ini. Melihat cacing dan ulat keluar dari sayuran juga adalah satu kebiasaan. Tapi tidak bagi orang yang baru pertama kali seperti Munyrah ini.

Kredit: TikTok Munyrah Mahmud

Baca juga: Disangka Cacing Rupanya Ular, Lelaki Ini Terkejut Temui Ular Berbisa Dalam Bungkusan Sayur Yang Dibeli Dari Supermarket

tags: |