Isu berkaitan dengan ayam yang tidak disembelih ini sudah lama sebenarnya. Lebih-lebih lagi jika ayam tersebut dibeli di Pasaraya. Sehinggakan kadangkala ramai yang tidak menyedari bahawa ayam yang dibeli tersebut adalah ayam yang hanya dicucuk sahaja.
Seperti mana kisah yang dikongsikan oleh Maria Samsudin ini, di mana dia telah membeli leher ayam dari sebuah Pasaraya. Namun tiba-tiba dia berasa was-was apabila melihat leher ayam tersebut ada kesan cucuk.
Ekoran itu dia membatalkan hasrat untuk memasak ayam berkenaan dan memuat naik sebuah video yang memaparkan leher ayam tersebut. Memang jelas lagi nyata kelihatan terdapat kesan bulat dan kemerahan kerana dicucuk.
Sedang cuci leher ayam yang dibeli kat pasaraya tiba-tiba rasa was-was pula. Terus nak masak apa pun tak jadi. Alamatnya ke tong sampah la jawabnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet melarang orang ramai untuk membeli ayam dari Pasaraya. Memang terdapat halalnya pada plastik pembungkusan namun penyembelihannya adalah tidak dijamin sama sekali.
Bukan itu sahaja, ada juga warganet yang mengatakan mereka sudah lama tidak membeli ayam dari Pasaraya disebabkan oleh kebimbangan mengenai penyembelihannya.
Walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan pasaraya mana yang menjual ayam tersebut. Jadi untuk lebih selamat elakkan membeli ayam di pasaraya. Ada baiknya kalau beli di kedai-kedai yang menjual ayam segar atau pun pasar basah. Jangan ambil remeh sangat ya berkenaan dengan pemakanan ini sebab ianya akan menjadi darah daging.
Sumber: Maria Samsudin Via MATJHN
Baca juga: Anehnya! Ayam Ini Bertelur Putih Hijau. Pakar Veterinar Juga Kehairanan Namun Masih Selamat Dimakan