Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Kembang Tekak..”, Temui Rambut Terpacak Pada Roti Gardenia, Wanita Ini Minta Pihak Gardenia Baiki Tahap Kebersihan

“Kembang Tekak..”, Temui Rambut Terpacak Pada Roti Gardenia, Wanita Ini Minta Pihak Gardenia Baiki Tahap Kebersihan

Kategori:
temui rambut dalam roti gardenia

Roti gardenia merupakan antara pilihan nombor satu rakyat Malaysia. Sudah berabad lamanya berada di pasaran, semakin hari semakin banyak roti baharu yang dikeluarkan. Seringkali puaskan hati pelanggan dengan pelbagai jenis roti. Namun berbeza sejak kebelakangan ini kerana ada sesetengah pelanggan yang tidak berpuas hati dengan servisnya.

Jika sebelum ini ada kejadian di mana seorang individu melaporkan rasa inti roti tidak seperti biasa. Terbaharu ada pula seorang wanita yang dikenali dengan nama Anila Arjunan, temui rambut dalam roti berperisa coklatnya. Menurut Anila, roti ban coklat dan jagung adalah makanan rutin harian makan pagi nya.

Ekoran itu dia terpaksa berhenti makan dan berasa geli. Sudah separuh dimasukkan dalam perut namun apa boleh buat. Memandangkan sudah hampir 30 tahun dia makan roti gardenia ini setiap pagi, namun dia berasa sedih kerana ini kali pertama dia menemui bendasing dalam roti . Oleh sebab kejadian itu, dia telah meminta pihak Gardenia memperbaiki tahap kebersihan

Dah separuh masuk perut tiba-tiba temui rambut elok terpacak kat roti..

Ini bukan masak tak jadi, TAPI makan tak jadi.

Roti Gardenia makanan rutin harian untuk breakfast, teatime. Memang kegemaran ban coklat dan jagung.

Pagi ini sarapan dengan nescafee dan roti gardenia coklat. Memang selalu saya cubit roti, celup dalam teh/kopi/milo, hmmm…sedihnya dah separuh masuk perut. Tiba-tiba ada rambut elok terpacak kat roti…ihh gelinya. Tak jadi makan terus. 

Tak pernah selama ini sejak hampir 30tahun, hari-hari makan Gardenia, hari ini jumpa rambut dalam roti.

#Gardenia perlu perbaiki tahap kebersihan. Setahu saya semua industri makanan dan perubatan wajib pakai hairnet.

roti gardenia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak bersetuju dengan apa yang diviralkan oleh Anila ini. Ada yang meminta wanita ini membuat laporan menerusi email atau telefon sahaja.

Malah dalam masa yang sama ada juga yang bercerita mengenai pengalamannya yang masuk kilang roti Gardenia ini. Katanya kilang tersebut memang sangat bersih.

Tidak kurang juga ada yang geli serta kembang tekak melihat apa yang ditemui oleh wanita ini. Memang terus hilang selera kalau macam ni.

Semoga pihak Gardenia mengambil tindakan yang sewajarnya dengan apa yang terjadi ini. Malah kedengaran juga sejak kebelakangan ini, roti yang dikeluarkan oleh pihak Gardenia ini keras, tidak lembut seperti yang biasanya.

Kredit: Anila Arjunan Via MATJHN

Baca juga: Roti Gardenia Semenanjung Lebih Sedap, Gadis Ini Seludup Satu Bagasi Roti Bawa Balik Ke Sabah

tags: