Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Ayah, Nak Berak..” Tengah Beli Barang Dapur Tiba-Tiba Anak Menjerit Nak Berak Raih Perhatian Ramai

“Ayah, Nak Berak..” Tengah Beli Barang Dapur Tiba-Tiba Anak Menjerit Nak Berak Raih Perhatian Ramai

Kategori:
beli barang dapur

Mungkin bagi para ibu bapa yang sibuk bekerja, hari minggu adalah hari bersama keluarga mereka. Pada hari minggu juga kebanyakan dari mereka akan keluar jalan-jalan dan membeli barang keperluan serta barang dapur.

Ada yang keluar seorang diri dan ada juga yang membeli barangan tersebut bersama suami dan anak-anak. Membeli bersama anak boleh dikatakan episod yang paling banyak kena bersabar.

Yela, kadang kala mereka ini akan membuat perangai apabila sudah bosan atau pun inginkan sesuatu. Tidak semua kanak-kanak begitu tapi ramai yang begitu kan. Tak mengapa, jangan salahkan mereka. Memang begitu kelakuan kanak-kanak.

Tidak termasuk lagi dengan kanak-kanak yang terlalu aktif, tak boleh dipegang. Sekejap sahaja dah hilang dari pandangan mata. Jadi ramai dalam kalangan ibu bapa yang meletakkan anak-anak di dalam troli. Itu lebih baik sebenarnya.

Tidak dinafikan membawa anak-anak keluar berjalan atau bersama mencari barang dapur atau barang keperluan adalah cukup menguji jiwa. Tiba-tiba nak kencing lah, nak berak lah. Walaupun begitu, tetaplah bersabar ya.

Keluar beli barang dapur tiba-tiba menjerit dengan kuat kata nak berak raih perhatian ramai

Seperti mana yang sempat dirakam oleh seorang ibu zuelaikayusof dan kemudiannya dia memuat naik ke aplikasi TikTok berkenaan dengan anaknya yang tiba-tiba ingin berak sewaktu mereka sekeluarga membeli barang dapur.

Anak perempuannya yang pada ketika itu berada di dalam troli sempat menjerit sambil menyatakan “ayah.. nak berak..” dengan kuat kepada ayahnya. Ayahnya pula pada ketika itu sedang beratur untuk menimbang sayur.

Zuelaika sebelumnya sempat meminta anaknya diam dan bertahan namun anak perempuannya itu tetap menjerit. Seolah-olah ayahnya sahaja yang akan mendengarnya.

Apabila diminta oleh Zuelaika untuk menahan sekejap, anaknya itu terus menjawab tak boleh tahan dan menjerit sekali lagi memanggil ayahnya dan mengulang ayat yang sudah disebut awal tadi.

@zuelaikayusofKakak ooo kakak🥴♬ Funny Song – Cavendish Music

Adoiii malunya…

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok. Namun rata-ratanya tertarik dengan kelakuan anak perempuan ini. Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen menyatakan malu.

Ada juga yang sempat berkongsi pengalaman yang hampir sama di mana anak saudaranya juga bersikap sedemikian rupa. Apabila bawa ke mana-mana mula lah nak kencing, nak berak. Geram pula katanya.

Dik, ada rasa meremang bulu roma tak..

Dalam masa yang sama, ada juga warga TikTok berseloroh bertanya sama ada adik ini ada rasa meremang bulu roma ke tidak waktu tahan berak.

Saat-saat begini pastinya timbul rasa malu dalam diri para ibu bapa. Siapa je tak malu bila anak menjerit dan satu pasaraya boleh mendengar jeritan tersebut. Namun apakan daya, anak-anak kan. Apa je mereka tahu. Jadi nak ke tak nak, sebagai ibu bapa tetap kena bersabar.

Sumber: zuelaikayusof

Baca juga: “Membersihkan Segala Jenis Minyak..”, Basuh Muka Dengan Sunlight, Makcik Ini Diceramah Warga TikTok

tags: | |