Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tengah Sedap Review Makanan Tiba-Tiba Dapur Terbakar, Ramai Puji Cara Lelaki Ini Padam Api

Tengah Sedap Review Makanan Tiba-Tiba Dapur Terbakar, Ramai Puji Cara Lelaki Ini Padam Api

Kategori:
dapur terbakar

Pasti ramai dalam kalangan kita yang mengenali Nursyafiq Naser, seorang insta famous yang makin dikenali ramai. Mula dikenali beberapa tahun lepas selepas banyak membuat video parodi. Sejak dari itu, apa-apa yang dilakukan olehnya mendapat perhatian ramai.

Selain banyak membuat video parodi, Syafiq juga membuat video berkenaan dengan review makanan, seperti artis-artis atau orang-orang terkenal lainnya juga. Kadangkala mereka yang terkenal ini juga penting bagi peniaga makanan kerana khidmat mereka sangat diperlukan.

Hanya review makanan beberapa minit, ramai yang mula membeli makanan tersebut. Malah Syafiq juga mengambil kesempatan ini untuk menjual sambalnya sendiri. Walaupun begitu, ketika membuat review berkenaan, ada satu kejadian yang cukup mencemaskan berlaku.

Tengah review makanan tiba-tiba dapur terbakar

Menerusi video review yang baru dikongsikan oleh Syafiq menerusi aplikasi TikTok miliknya, ketika dia sedang asyik membuat rakaman tiba-tiba dia terdengar bunyi pelik dari dapur. Sungguh mengejutkan kerana apabila dia ke dapur kelihatan api sedang marak di bahagian dapur gas.

Namun berkat keberanian kawannya yang juga tinggal bersamanya, api berkenaan dapat dipadamkan tanpa meragut nyawa sesiapa. Menerusi video tersebut, kelihatan kawannya itu menggunakan tuala basah dan melempar ke arah api berkenaan.

Setelah beberapa ketika, api dapat dipadamkan serta keadaan sudah selamat. Hanya saja kelihatan keadaan kabinet yang rosak dan pecah serta keadaan dinding yang kehitaman akibat dari api yang marak tadi.

@nursyafiqnaser♬ Emotional Piano for the Soul (Inspirational Background Music) – Fearless Motivation Instrumentals

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok terkejut dengan apa yang dialami oleh Syafiq dan kawan-kawannya.

Bagus cara padamkan api..

Malah ramai juga yang memuji tindakan dan cara kawannya memadam api sangat bagus. Tidak kurang juga ada yang bertanya apakah Syafiq dan kawan-kawannya okay sahaja.

Pernah terjadi jugak..

Selain itu, ada juga yang sempat meninggalkan komen menyatakan dia pernah mengalami situasi sama dan arwah abahnya meletakkan menekup api berkenaan dengan kain basah. Yang penting, jangan cuak.

Syukur, kerana semuanya selamat tanpa meragut nyawa sesiapa. Jika diperhatikan baik-baik, dalam kehidupan ini penting teramat sangat untuk kita ketahui teknik dan cara pemadaman api. Bukan untuk kita sahaja namun untuk orang terdekat kita.

Sumber: Nursyafiq Naser

Baca juga: “Kalah Pinggan Kucing..”, Pinggan Nasi Goreng Yang Dipesan Berdaki Hitam Buat Ramai Hairan

tags: |