Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tengok Video Masak & Makan Buaya, Ramai Rakyat Malaysia Komen Kata Syukur Jadi Orang Islam

Tengok Video Masak & Makan Buaya, Ramai Rakyat Malaysia Komen Kata Syukur Jadi Orang Islam

Kategori: ,
tengok video masak dan makan buaya

Buaya merupakan sejenis haiwan reptilia yang jarang sekali dimakan oleh rakyat Malaysia. Bahkan rata-rata rakyat Malaysia berasa takut dan ingin menghindari dari buaya ini. Namun lain pula di negara lain di mana ada yang masak dan menyediakan hidangan berasaskan buaya ini.

Seperti mana yang viral di aplikasi TikTok berkenaan dengan seorang wanita yang memasak dan makan buaya. Dalam video berkenaan memaparkan wanita tersebut mencuci, mengupas kulit dan memanggang buaya tersebut.

Kemudian dia bersama-sama dengan seorang lelaki mungkin datuknya makan daging buaya berkenaan. Ekoran video berkenaan yang viral, ada rakyat Malaysia yang bersyukur kerana dilahirkan dalam agama Islam.

https://www.tiktok.com/@3008.oficial/video/7032348543469800709?lang=en&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7029156571620214274

@3008.oficial♬ sonido original – Asmr

Bukan itu sahaja, memandangkan buaya merupakan binatang yang sering kali digunakan atau dijadikan samaran bagi bekas kekasih yang bermasalah jadi ramai yang mengaitkan dengan ex dan sebagainya.

Janganlah makan buaya..

Ex aku juga kau nak makan..

 

Selain dari makan buaya, ada juga beberapa video yang telah viral seperti video memakan ular sawa, memakan katak dan juga beberapa haiwan lain yang nyatanya agak menggelikan.

Kredit: Asmr

Baca juga: Viral Video Wanita Makan Sup Katak Nampak Sedap Namun Ini Pula Komen Padu Dari Warga TikTok

tags: | |