Lidah lembu antara bahagian lembu yang tidak berapa digemari oleh orang ramai untuk dimakan. Namun, ada juga beberapa orang ramai yang gemar dengannya. Dikatakan lebih enak berbanding mana-mana bahagian daging lembu, ia selalunya enak untuk dimasak sebagai masak merah.
Daging lidah lembu semakin mendapat sambutan, tapi masih lagi sukar untuk didapati dan kosnya sangat tinggi. Sekarang, ada beberapa pasaraya besar yang membekalkan bahagian lembu tersebut buat pelanggan. Namun, orang ramai masih lagi gemar membeli dari pembekal daging segar kerana kualiti daging tersebut lebih elok dan dipercayai.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah berkongsi sebuah gambar yang berjaya meraih perhatian warganet. Menurutnya, dia telah ke pasaraya besar, MYDIN untuk membeli daging lidah lembu di sana.
Tapi apabila pulang di rumah dan membuka plastik bungkusan daging tersebut, lidah tersebut didapati telah mempunyai kesan potongan yang besar.
Beli lidah frozen kat mydin..bukak plastik tgk lompong lidahnya mcm ni..dah kenapa pulak bekas potong agaknya kan.
Siapa sahaja yang tak berasa kecewa apabila melihat barang yang dibeli tidak berada dalam keadaan yang elok, kan? Terus tiada angin untuk memasak.
Di ruangan komen, terdapat beberapa warganet tampil dan berkongsi bahawa potongan tersebut disengajakan oleh pihak pasaraya tersebut atas beberapa sebab.
Posting tersebut turut berjaya mengajak warganet untuk berkongsi pelbagai komen yang lucu dan mencuit hati.
Rasa terhibur pula bila membaca pelbagai komen dan ‘andaian’ dari warganet, kan? Sekurang-kurangnya dapat lah mereka hiburkan individu yang membuat posting tersebut supaya tidak terlalu kecewa dan sedih akan lidah lembu yang telah dibeli tersebut.
Kredit: امتياز عبد النصير via MATJHN OFFICIAL