Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Selama 25 Tahun Hidup, Sekarang Baru Tahu Terdapat Pelbagai Jenis Santan Yang Dapat Digunakan Dalam Masakan

Selama 25 Tahun Hidup, Sekarang Baru Tahu Terdapat Pelbagai Jenis Santan Yang Dapat Digunakan Dalam Masakan

Kategori: ,
jenis santan

Santan merupakan cecair yang terhasil dari parutan isi kelapa. Ia merupakan ramuan makanan yang popular dalam kalangan penduduk Asia Tenggara, Asia Selatan, China Selatan dan Caribbean.

Pada zaman dahulu santan akan diperoleh dari kelapa yang diparut. Tapi kini zaman dah berubah. Dah moden dan berteknologi. Sekarang dah ada mesin yang boleh perah santan dalam masa yang pantas dan hasilkan jumlah santan yang banyak.

Disebabkan zaman dah moden, terdapat pelbagai jenis santan yang dapat digunakan dalam masakan. Korang jangan ingat fungsinya sama ya. Setiap jenis santan ini mempunyai fungsi dan keistimewaannya sendiri.

Tips Dan Penggunaan Pelbagai Jenis Santan Dalam Masakan

1.Santan Kotak (Santan Kara Pekat)

Santan ini sesuai digunakan untuk masakan berkuah disebabkan oleh teksturnya yang kental dan susah pecah minyak. Ia sangat sesuai untuk sesiapa yang belum mahir masak makanan bersantan. Jika dibandingkan dengan santan Ayam Brand dan M&S, tekstur santan kara lebih pekat berbanding kedua brand tersebut.

Untuk masak rendang, santan kara susah pecah minyak sebab ianya pekat. Jadi kena tambah air atau tumis dahulu. Kalau guna daging yang berlemak tak perlu tumis sebab lemak tu akan keluar minyak.

Jika korang guna santan kara untuk buat pulut bersantan. Korang kena cairkan dulu dengan air panas. Hal ini demikian kerana ia susah untuk sebati. Masa nak gaul dengan pulut, ia akan bergumpal. Untuk pulut bersantan, jenama Ayam brand dan M&S lebih sesuai kerana teksturnya lebih cair menyebabkan ia senang larut.

2.Santan Fresh

Lepas beli terus masukkan santan fresh ke dalam chiller atau freezer. Jika ia disimpan dalam kuantiti yang banyak dalam satu pek (1 kilogram) dalam jangka masa yang lama, ada kemungkinan untuk santan menjadi basi.

Hal ini demikian kerana bahagian tengah bungkusan lambat sejuk berbanding bahagian tepi plastik. Kena pastikan betul-betul waktu bila korang nak guna santan. Sebaiknya, beli barang dahulu sebelum beli santan.

Untuk masak rendang dan nasi lemak, korang boleh masukkan terus santan fresh yang beku. Tak perlu tunggu ia cair semula.

3.Santan Serbuk

Santan ini sangat sesuai dan sedap untuk buat puding, agar-agar bersantan, kek dan nasi lemak. Rasanya agak creamy dan lebih aroma seperti kelapa yang disangai. Untuk nasi lemak, pilih yang ada perasa pandan. Memang sedap dan terangkat.

Selain itu, santan serbuk merupakan penyelamat kepada masakan yang cair. Biasa dengar lori garam tumpah. Ini lori air pula tumpah. Korang boleh tabur santan serbuk ke dalam kuah tapi kena kecilkan api. Jangan tabur merata, tabur setempat sahaja dan kacau sehingga larut.

Kalau korang tak yakin, cedok kuah dan letakkan di dalam mangkuk. Masukkan serbuk dan kacau sehingga larut. Kemudian masukkan semula ke dalam periuk. Jika cucur jagung atau cucur durian cair, korang boleh terus masukkan santan serbuk ke dalam adunan.

Harga santan ini juga lebih murah berbanding santan lain. Selepas siap guna, bakinya disimpan lama walapun dah expired.  Gulung, ikat dan simpan elok-elok di dalam chiller.

Nak lagi jimat, korang boleh buat santan sendiri. Beli kelapa parut putih, blend, tapis dan bekukan di dalam bekas kecil. Kalau kelapa parut yang dibeli tak putih semua, baki mendapan akan meyebakan santan keruh sikit.

Tapi ianya bukan satu masalah yang besar untuk semua menu kecuali ketupat. Bila masak pulut dengan santan, jangan tuang sampai habis. Nanti rupa ketupat jadi lebih gelap dan berbintik hitam di bahagian pulut.

Sekian sahaja perkonsian dari Daily Makan mengenai penggunaan setiap jenis santan dalam masakan. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menghasilkan masakan yang lebih lazat dan menyelerakan.

Kredit: Ummi Syuhada

Baca juga: Kenali 5 Jenis Cuka & Fungsinya Yang Anda Perlu Tahu. Jangan Sangka Semuanya Untuk Memasak Saja Tau.

tags: | |