Media masa kini sering dipenuhi dengan berita buruk dan kontroversi yang kadangkala membuatkan kita hilang harapan untuk kebaikan manusia.
Namun, dalam kisah ini, kita dihidangkan dengan cerita berbeza. Kebaikan yang dilakukan oleh penunggang motosikal ini telah membuat ramai tersentuh hati.
Seperti sebuah video yang tular baru-baru ini, menampilkan dua individu yang tersadai di tepi tol Kempas kerana kereta mereka mengalami kerosakan. Namun, apa yang membuat video tersebut begitu mengharukan adalah apabila tindakan seorang penunggang motosikal wanita bernama Dhia datang memberikan bantuan makanan kepada mereka untuk berbuka puasa.
Ketika Dhia menghampiri tuan kereta tersebut, awalnya mereka sangkakan bahawa Dhia datang untuk menjual makanan kepada mereka.
“You jual ke,” katanya kepada Dhia.
“Tadi nampak akak tersadai kat sini, jadi saya belikan lah,” balas Dhia sambil menghulurkan makanan dan minuman yang dibelinya.
Dhia juga berkata dia ternampak pemilik video tersebut tersadai di tepi jalan dan membuat keputusan untuk membelikan makanan untuk mereka kerana waktu berbuka sudah hampir tiba.
Dhia menolak untuk menerima bayaran dan menyatakan bahwa dia tidak mengharapkan apapun sebagai balasan atas tindakannya.
Dia hanya ingin doa dari kedua individu tersebut sebagai ganjaran. Sikap Dhia dalam memberikan bantuan tanpa mengharapkan balasan telah menginspirasi banyak orang.
Kedengaran rasa bersyukur dan berterima kasih dua individu itu akan tindakan Dhia, kerana ‘tow truck’ katanya akan tiba lambat lagi.
Melihat komen netizen, di dalam ruangan komen video tersebut, ramai yang memuji perbuatan Dhia.
“Perbuatan baik yang random ni buatkan ramai orang doakan Dhia…semoga dipermudahkan segala urusan Dhia”
“Alhamdulillah..Allah datang kan orang2 yang baik di kalangan kita..mudahan semakin ramai orang cham Dhia ni..amin”
Walaupun dunia sering dipenuhi dengan berita buruk, masih ramai orang baik di sekeliling kita yang melakukan perbuatan baik dan tidak mementingkan diri sendiri.
Ia juga mengingatkan kita bahawa di tengah-tengah kegelapan, masih ada cahaya kebaikan yang menyinar.
Sumber: Bestiemonkey03
Baca juga: Wanita Cina Kongsi Pengalaman Berbuka Puasa Dengan Muslim, Siap Dapat Air Jagung Percuma