Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Terima Kunjungan Tetamu India Masa Hari Raya, Ramai Yang Kagum Makcik Melayu Ini Layan Tetamu Cakap Fasih Tamil

Terima Kunjungan Tetamu India Masa Hari Raya, Ramai Yang Kagum Makcik Melayu Ini Layan Tetamu Cakap Fasih Tamil

Kategori: ,
tetamu India masa Hari Raya

Antara perkara yang paling menarik jika bercakap tentang Malaysia adalah kepelbagaian budaya tidak kira dari segi makanan atau gaya hidup.

Dengan adanya kepelbagaian kaum di negara ini, pelbagai ajaran dan budaya dapat dipelajari untuk memahami cara hidup bangsa dan agama lain.

Seperti kisah yang tular di laman TikTok berkenaan baru-baru ini, seorang makcik mengagumkan orang ramai dengan bertutur fasih dalam bahasa Tamil semasa menerima kunjungan tetamu India masa Hari Raya yang datang ke rumahnya sempena rumah terbuka.

Terima Kunjungan Tetamu India Masa Hari Raya, Ramai Yang Kagum Makcik Ini Layan Tetamu Cakap Fasih Tamil

Melihat kepada video itu, Juliana berkongsi bahawa ibunya telah membuat rumah terbuka untuk jirannya datang dan menyambut Hari Raya bersama.

Wanita itu dilihat duduk di ruang tamu bersama jirannya, berbual dengan mereka dalam bahasa Tamil yang fasih.tetamu India masa Hari Raya

Tinggal di kawasan kejiranan di mana majoriti jiran mereka adalah India, Juliana berkongsi bahawa ibunya sangat gembira kerana dia dapat menggunakan kemahiran bertutur Tamilnya dengan baik.

Menurut artikel daripada portal Wau Post, Juliana menyebut bahawa ibunya pernah tinggal di ladang itu, di mana dia juga mempunyai ramai jiran India. Tinggal di sana selama bertahun-tahun, sebelum berpindah, ibu Juliana berjaya belajar berbahasa Tamil.

“Dia dibesarkan di Estet TRP di Trong Taiping, Perak”, katanya.

Belajar baahsa Tamil Untuk Memahami Jiran India Dengan Lebih Dekattetamu India masa Hari Raya

Berpindah ke Damansara, Juliana mendedahkan bahawa kebanyakan jiran ibunya sekarang adalah India, di mana dia boleh terus mengamalkan bahasa Tamilnya.

@julianapija

Mak happy bila anak jiran India datang raya.Terus mak cakap Tamil☺️ #fyp #foryourpage #selamathariraya

♬ original sound – Juliana Pija – Juliana Pija

@julianapija Mak happy bila anak jiran India datang raya.Terus mak cakap Tamil☺️ #fyp #foryourpage #selamathariraya ♬ original sound – Juliana Pija

Apabila videonya menjadi tular, ramai netizen telah mengulas mengenainya dan inilah yang dikatakan sebahagian daripada mereka:tetamu India masa Hari Raya

Jadi terbuktilah, dengan kisah makcik Melayu melayan tetamu India masa Hari Raya ini – walau kita hidup dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa, kita dapat bersatu sekiranya sifat perkauman ditolak tepi.

Kerana sekecil-kecil hal makanan dan perayaan, kita boleh bersatu. Bersatulah Malaysia.

Sumber: Juliana Pija

Baca juga: “Di Malaysia Bersepah Kangkung..”, Dianggap Tumbuhan Berbahaya Oleh Amerika Syarikat, Kangkung Diharamkan Tanam Di Sana. Ini Sebabnya..

tags: | |