Ramai diantara kita merupakan seorang yang Hopeless Romantic. Individu sebegini sangat percaya pada konsep cinta dan akan mudah jatuh hati. Ada kalanya mereka juga hidup dalam sebuah fantasi dan percaya bahawa semuanya indah dalam percintaan. Hakikatnya tak juga begitu.
Sebut sahaja pasal cinta, merekalah yang cepat teruja. Jadi apabila menonton drama percintaan atau melihat orang sekeliling mereka sedang hangat bercinta, sudah tentu mereka yang mempunyai jiwa Hopeless Romantic ini bersedia untuk membantu.
Terkini, seorang peniaga, _nfrha, yang sedang mengusahakan sebuah restoran masakan panas telah menerima satu pesanan menerusi aplikasi FoodPanda. Pada mulanya, dia menyangka pesanan itu sama seperti selalu, hanya perlu dimasak dan dihulurkan pada rider yang ditugaskan untuk dihantar.
Namun bila melihat ruangan nota yang ada, peniaga tersebut berasa terhibur pula bila membaca permintaan istimewa pelanggan itu. Sedang bercinta, dia telah memesan nasi goreng cina untuk teman wanitanya. Tambahan pula, pelanggan itu meminta untuk menulis satu nota, menasihati pasanggannya untuk makan sampai kenyang.
Mungkin peniaga seorang yang Hopeless Romantic, dia beria menyediakan pesanan itu dan menurut permintaan pelanggan tersebut. Perkara itu juga membuatnya berasa sangat terhibur dengan telatah pelanggan.
https://www.tiktok.com/@_nfrha/video/7109843856367111450?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145
@_nfrha Bila customer request note 😂 Jaga girlprenddddd leklokkk ya bang 🥸 #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – cintaHati❤
Meninjau di ruangan komen video itu yang telah dikongsikan di laman media sosial, orang ramai pula yang berasa cemburu melihat perkara itu. Mungkin sedang single dan tidak berpunya, seorang pengguna, Aqaaa berkata “aku as rider akan rasa kesenduan makin membuak buak”.
Manakala pengguna Izzudin Mazlan jelas berasa sunyi. Menurutnya, si pasangan itu perlu berasa bertuah kerana disayangi begitu rupa sehingga ada yang sangup membeli makanan.
Alahai, sweet pula bila tengok orang lain bercinta. Si Hopeless Romantic sukalah bila tengok adengan manis sebegini. Bila dah sayang seseorang, sudah tentu kita tak akan susah hati untuk belanja makan.
Yang sedang bercinta tu, apa salahnya kalau belanja pasangan masing-masing? Usaha sebeginilah yang buat pasangan makin sayang.
Kredit: _nfrha
Baca Juga: “Ingat Itu Gigi Orang..” – Syok Makan Kangkung Goreng, Lelaki Ini Baru Perasan Ada ‘Sesuatu’