Setiap insan menginginkan semua majlis perkahwinan yang indah supaya banyak kenangan manis dapat dicipta dan dikenang kembali. Malah, ada segelintir individu yang sanggup menghabiskan jutaan ringgit bagi memastikan majlis perkahwinan mereka berjalan dengan lancar.
Tak cukup dengan majlis, sesi fotografi juga memakan perbelanjaan yang tinggi. Dengan pelbagai pakej, bukan sahaja fotografer yang penat tapi para pengantin juga kepenatan. Kadang-kadang satu sesi fotografi boleh sampai ke petang, tak sempat mereka nak menjamu selera.
Baru-baru ini, sebuah cawangan McDonald’s dikejutkan dengan kehadiran tetamu istimewa. Kehadiran pasangan pengantin mencuri tumpuan di laman TikTok. nrlfrhin_ yang memuat naik video tersebut merakam kejutan istimewa yang dilakukan oleh pekerja McD pada tetamu istimewa tersebut.
Setelah seharian bergambar untuk sesi outdoor, tetamu istimewa itu mengunjungi McD untuk memesan makanan, namun tidak disangka pekerja restoran makanan segera itu menghampiri mereka untuk memberi sebuah kejutan, ucapan dan sepinggan kek coklat.
Berterima kasih, pasangan tersebut kelihatan tersenyum gembira atas layanan baik itu.
https://www.tiktok.com/@nrlfrhin_/video/7032960284536999195?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8RvfI4A%2FR4qmeZIvlU%2FMuY2%2FCy5vgorQKtuAvOka3jmLwbuK%2FTLRiORTObebC6wHYcPzbKqo0gIvHvgfHGgA%3D&checksum=eab58b53e7165ee53350d4610bde53ae8fa7f3b81965b07d16414fc722ba8d98&language=en&mid=6888229776717335297&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7032960284536999195&share_link_id=524b7b37-b667-4635-8193-66c8cbe454af&source=h5_t×tamp=1637544472&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937
@nrlfrhin_Lepas outdoor, tengah tunggu makanan tiber mcd pasang lagu pengantin baru 🤣 sudah pengantin terkejut, yang setable pun terkejut 😂 ##mcdcanarygarden♬ original sound – nightmonyet – danny✨
Kejutan dan layanan yang diberikan oleh staff McD pada pasangan itu mencuri perhatian orang ramai. Digambarkan ‘sporting’, untungnya mendapat kejutan sebegitu pada hari perkahwinan.
Untungnya pasangan tersebut, kan? Bahagia dan seri dari majlis belum lagi habis, dapat pula kejutan dari pekerja McD, sebuah kenangan indah dan istimewa yang tidak akan dilupakan oleh pasangan pengantin tersebut. Nanti tua mesti masih diingati.
Semoga pasangan itu sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bahagia, kekal bersama sehingga hembusan nafas terakhir.
Kredit: TikTok nrlfrhin_
Baca Juga: Jurugambar Kelaparan! Akibat Tak Dibenar Makan & Minum, Nekad Padam Semua Gambar & Tinggalkan Majlis