Ketika membeli barangan, pembeli sememangnya berharap agar para peniaga bersikap jujur dan tidak melakukan apa-apa muslihat semata-mata untuk mendapatkan keuntungan lebih. Namun seringkali kita membaca pelbagai kisah di mana segelintir peniaga telah bertindak tidak bertanggungjawab dan memperdayakan pelanggan sehingga menyebabkan mereka mengalami kerugian.
Walaupun begitu, kadang-kadang ada juga sesetengah pelanggan yang cepat bersangka buruk dan membuat andaian sendiri sebelum melakukan pemeriksaan. Hal itu boleh menjejaskan pihak peniaga juga. Seharusnya bila ada sesuatu isu, para pembeli perlu cepat merujuk pada peniaga supaya tidak berlaku sebarang perselisihan faham.
Seperti yang terjadi baru-baru ini pada seorang pengguna, Faezah Hamzah, yang terkejut apabila terjumpa serpihan batu ketika membersihkan pedal ayam di dapur.
Ketika sibuk mencuci ayam yang baru sahaja dibeli, wanita itu bagaimanapun berasa hairan apabila terjumpa sesuatu yang aneh dalam pedal ayam yang telah dibeli olehnya. Setelah diperiksa, rupanya ia merupakan serpihan batu.
Kurang berpuas hati, wanita itu menyangka bahawa perkara itu merupakan satu taktik yang telah dilakukan oleh peniaga untuk mengenakan harga yang lebih mahal bagi mengaut keuntungan yang lebih.
Batu dalam pedal ayam.Naya kat pembeli. Rupanya bayar berat batu je..Boleh wat report kt kpdnkk tak ni?