Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Terjumpa Ikan ‘Rare’ Di Pasar, Individu Ini Hilang Selera Untuk Masak Kerana Rupanya Yang Seram

Terjumpa Ikan ‘Rare’ Di Pasar, Individu Ini Hilang Selera Untuk Masak Kerana Rupanya Yang Seram

Kategori:
IKAN 'RARE'

Tak semua jenis ikan dijual secara meluas di pasaran. Malah di pasaraya terbesar, hanya beberapa spesis sahaja yang dijual mengikut permintaan pengguna. Jika anda mencari sesuatu yang baharu, barangkali anda boleh ke pasar nelayan di mana anda boleh mendapatkan pelbagai pilihan ikan. Kebanyakkan ikan yang dijual juga sangat segar.

Bila ke sana, anda mungkin akan dikejutkan dengan pelbagai pilihan ikan ‘rare’ dan segar. Malah, anda juga akan menemui sejenis ikan yang baru dan jarang dimasak orang. Seperti yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Andak Amir di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni (MATJHN) Official.

Terjumpa Ikan ‘Rare’ Di Pasar

Telah mengunjungi sebuah pasar basah, lelaki itu sedang mencari barangan keperluan sebelum telihat sesuatu yang menarik perhatiannya. Tak pernah melihat, lelaki itu terjumpa ikan ‘rare’ yang belum lagi dicuba.

Bila dilihat dari gambar yang telah dikongsikan, rupa ikan tersebut memang lain dari yang lain dan corak kulitnya menyerupai seekor katak. Oleh itu, lelaki itu berasa seram dan hilang selera untuk menggunakannya dalam apa jua masakan.

X Jadi Nk masak…Sbb Muka dia Seram.

IKAN 'RARE' IKAN 'RARE'

Bukan Ikan Yang Biasa

Menjengah di ruangan komen, segelintir netizen yang telah mengenali ikan tersebut berkongsi bahawa ikan itu enak juga dimasak. Dengan pelbagai cara, isinya yang manis menjadikannya sangat digemari. Malah, harganya juga sangat mahal jika ingin dibandingkan dengan ikan yang lain. IKAN 'RARE' IKAN 'RARE'

Jika ingin mencari ikan yang sukar didapati, anda boleh lah mengunjungi pasar nelayan untuk melihat pelbagai jenis pilihan ikan yang mungkin tidak akan dijual di mana-mana pasaraya besar. Malah, harganya juga lebih murah. Manalah tahu anda akan menemui ikan ‘rare’ yang sesuai dimasak dalam pelbagai resepi.

Kredit: Andak Amir via MATJHN OFFICIAL

Baca Juga: Cara Mudah Siat Kulit Kambing Dipertontonkan, Ramai Yang Berasa Kasihan & Timbul Perbalahan Warganet

tags: