Restoran makanan segera ternama di Malaysia, iaitu Kentucky Fried Chicken atau lebih dikenali sebagai KFC sering menjadi pilihan orang ramai. Namun, akhir-akhir ini makin ramai pelanggan sudah tampil untuk meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan restoran tersebut.
Jika sebelum ini KFC pernah viral dengan kualiti ayam, terbaharu restoran itu sekali lagi dikirtik oleh orang ramai apabila seorang pelanggan tampil dan merungut mengenai kualiti roti restoran itu di Facebook.
Terkedu bila nampak roti kfc dah berkulat. Anak aku pulak dah makan 1.
#kfcmalaysia
Jika diperhatikan dari gambar yang dikongsikan oleh Nur Faten di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ni, jelas roti KFC yang dibeli itu sudah tampak rosak dan dipenuhi kulat. Perkara itu membuatkan wanita itu terkedu seketika. Tak sedar perkara itu terlebih awal, anaknya telah termakan salah satu roti KFC yang telah berkulat.
Menjengah di ruangan komen, ada beberapa warganet meluahkan rasa kecewa dengan restoran segera tersebut. Malah, ada yang memohon agar pekerja KFC tidak bertugas sambil lewa dan menjaga legasi yang penat dibina oleh founder KFC, Colonel Sanders.
Malah, ada juga warganet yang sudah lama tidak ke KFC kerana kualiti yang tidak berbaloi dengan harga yang mahal.
Siapa sahaja yang tak berasa kecewa bila makanan yang dah dibeli tapi didapati telah rosak, kan? Tak kiralah KFC atau nasi goreng, memang berang lah pelanggan bila dah terkena sebegini.
Harap pihak KFC lebih berwaspada bila bertugas supaya perkara ini tidak lagi berulang. Jika sering terjadi, ia boleh meninggalkan reputasi yang buruk pada restoran itu.
Kredit: Nur Faten via MATJHN OFFICIAL
Baca Juga: “Meriahnya..”, Bawa Periuk Nasi Masuk KFC, Gelagat Sekumpulan Lelaki Ini Buat Ramai Tergelak