Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Terkedu Melihat Rupa Mangkuk Kotor Yang Digunakan Di Kedai Makan, Dikikis Pun Masih..

Terkedu Melihat Rupa Mangkuk Kotor Yang Digunakan Di Kedai Makan, Dikikis Pun Masih..

Kategori:
MANGKUK-KOTOR-4MANGKUK-KOTOR-4

Sebagai seorang pelanggan di sebuah kedai makan, makanan yang sedap, harga yang berpatutan dan suasana yang menyamankan memainkan peranan penting bagi menjaminkan kepuasan. Selain itu, kebersihan di premis kedai makan turut menjadi keutamaan.

Jika peniaga tidak menitikberatkan kebersihan kedai dan peralatan yang digunakan, perkara tersebut boleh membuat pelanggan berasa tidak selesa dan jatuh sakit. Selain itu, peniaga juga akan dikenakan tindakan undang-undang.

Mangkuk Kotor, Terus Hilang Selera

Di laman TikTok, seorang pengguna, coolllgirllll, memuat naik sebuah video dan berkongsi rupa mangkuk kotor yang digunakan di sebuah kedai makan yang dikunjunginya baru-baru ini.

Menurut video tersebut, jelas mangkuk yang digunakan oleh kedai makan itu tidak dicuci dengan elok sehingga masih lagi berkerak. Dikikis dengan garfu, jelas kerak tersebut boleh dihilangkan jika dibasuh dengan elok. Kelalaian pemilik membuatnya berasa terkedu.

https://www.tiktok.com/@coolllgirllll/video/7040373577320795394?_d=secCgwIARCbDRjEFSADKAESPgo8ntebRpyKDOf5EjUeVEcGk%2FYvhuQI3R3Ko5jV4jXgJa3XsF7lF3KYOGz%2FOqJvH1RtV221pyNFeDtzen%2B5GgA%3D&checksum=dc8368880ec239822c42eaa68187e550475d60d39c885c02fe5dc4b9bcd611cb&language=en&mid=7025330573237734149&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAA0izk3jgf3hvhtWUIZjXnitVM9KEmOzDeIeY7gKOy_9VdHB7vSLHB1LyZyWSpnxqW&share_app_id=1180&share_item_id=7040373577320795394&share_link_id=c48660b4-a79c-43c3-84dc-c5560791cee2&source=h5_t&timestamp=1639263617&u_code=deefmbm423ifc3&user_id=6873278743792993282&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=telegram&_r=1&is_copy_url=0&is_from_webapp=v1&sender_device=pc&sender_web_id=7014289098874471937

@coolllgirllll🤯🤯🤯♬ The woman was too stunned to speak – dominik ˚ ༘♡ ⋆。˚

Lebih Elok..

Menjengah di ruangan komen, ada yang berasakan faktor kebersihan peralatan yang digunakan menjadikan faktor mengapa lebih ramai memilih untuk makan di rumah atau masak sendiri.  MANGKUK-KOTOR-4

Fikir Baik, Mungkin Sebagai Penambah Rasa

Namun ada juga segelintir warganet yang cuba untuk menghiburkan wanita itu dan merasakan mangkuk kotor itu disengajakan oleh peniaga sebagai penambah rasa. Mungkin kerak itu adalah ramuan rahsia yang dapat menyedapkan lagi masakan. MANGKUK-KOTOR-4

Perkara sebegini amatlah menyedihkan. Seharusnya peniaga tidak leka mengenai faktor kebersihan kerana ia boleh menjejaskan perniagaan yang dibina.

Bukan sahaja pada makanan dan kedai, malah peralatan yang digunakan perlulah dicuci dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan perkara sebegini dari terjadi. Kita seharusnya memberi yang terbaik pada pelanggan yang telah terbuka hati untuk menyokong perniagaan kita.

Kredit: TikTok coolllgirllll

Baca Juga: Terkejut Dengan Harga Mahal Yang Dikenakan, Lelaki Ini Kecewa Dengan Kedai Mamak

 

tags: |