Seorang lelaki yang dikenali dengan nama @idealuzair di laman Twitter berkongsi kisah yang agak lucu dan membuatkan warganet berasa sangat geli hati dengan kejadian tersebut.
Kisah tersebut apabila rakannya yang bernama Faiz Rosman yang bekerja sebagai penghantar makanan foodpanda menerima satu pesanan daripada seorang kanak-kanak.
Menurut Faiz, apabila dia menghantar Pizza tersebut kanak-kanak tersebut membayar dengan menggunakan duit syiling dalam satu beg plastik. Tanpa mengira wang tersebut dia terus beredar.
Tetapi sewaktu dia menukar duit syiling berkenaan di sebuah stesen minyak Petronas, dia baru menyedari bahawa wang yang dibayar oleh kanak-kanak tadi tidak mencukupi. Wang tersebut hanyalah berjumlah RM18 manakala harga sebenar adalah RM28.50.
Faiz kemudian bertanya semula kepada kanak-kanak terbabit melalui WhatsApp bahawa yang diberi tidak mencukupi dan mengusik untuk membuat laporan polis.
moga adik aiman kenyang makan pizza dan moga faiz dimurahkan rezeki 🤲🏻 pic.twitter.com/0OQhHLX5Ia
— dedel (@idealuzair) December 2, 2020
Disebabkan risau dan berasa takut dengan keadaan itu, kanak-kanak terbabit meminta rider foodpanda ini datang kembali ke rumahnya dan akan membayar kembali baki yang berjumlah RM15 lagi.
Walaubagaimanapun. Faiz menghalalkan baki tersebut dan menyifatkan ianya adalah rezeki kanak-kanak itu yang mana telah lama teringin untuk makan Pizza.
Warganet menganggap ianya sangat lucu dan meninggalkan pelbagai komen yang membuatkan siapa membacanya pasti pecah perut ketawa.
Sumber: Twitter idealuzair
Baca juga: “Alamak Rentung!” Wanita Ini Reda Apabila Rupa Fries Pizza Hut Sama Seperti..