Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home Β» Berita Β» “Dunia Ini Kejam, Kan?” Terpaksa Kuat Dan Meniaga Demi Menjaga Anak-Anak, Warganet Bersimpati

“Dunia Ini Kejam, Kan?” Terpaksa Kuat Dan Meniaga Demi Menjaga Anak-Anak, Warganet Bersimpati

Kategori:
TERPAKSA-KUAT-M

Semua orang inginkan rumah tangga yang bahagia dan indah. Namun begitu, tak semua orang berasa senang dengan mahligai yang dibina. Bertungkus lumus membina sebuah mahligai, tanpa sedar akan datangnya orang ketiga yang cuba merampas segalanya.

Rasa perit sangat apabila dikhinati oleh yang disayangi, segala kebahagian yang dibina bersama hancur dan terpaksa melihat pasangan kita berlalu pergi, memilih orang ketiga berbanding keluarga sendiri tanpa berfikir pangjang.

Ibu Terpaksa Kuat, Meniaga Demi Anak-Anak

Di laman TikTok, seorang pengguna, ayu_kepoh, memuat naik sebuah video pendek, berkongsi perit yang terpaksa ditanggung sebagai seorang ibu tunggal.

Sayu melihat anak-anaknya sibuk membantunya menyediakan makanan untuk dijual, dia bersyukur mempunyai anak-anak yang begitu memahami, tak pernah merungut walaupun kekurangan kasih sayang seorang ayah.

Sedih, keluarganya telah hancur angkara campur tangan orang ketiga. Namun begitu, dia tetap kuat dan memohon agar orang ramai menghormatinya dan anak-anak, tidak menanyakan soalan-soalan yang sensitif.

@ayu_kepohJom niaga dlu.. aku dah cukup bahagia ngn anak2 akuπŸ₯°πŸ₯°πŸ₯° ##singlemom ##kuat ##demi ##anak♬ suara asli – Hi, ini meme – π‘΄π’†π’Žπ’†π’Šπ’π’Šπ’Žπ’†π’Žπ’†πŸΉ

Semoga Sentiasa Kuat

Menjengah di ruangan komen, warganet turut mendoakan agar wanita itu untuk terus kuat demi diri dan anak-anak. Malah, mereka juga doakan agar dia sentiasa dimurahkan rezeki. TERPAKSA-KUAT-M

Pernah Rasa

Ada juga beberapa individu yang berkongsi pengalaman, memahami cabaran yang terpaksa diharungi olehnya kerana pernah merasai situasi itu. TERPAKSA-KUAT-M

Penat dan pengorbanan seorang ibu itu tiada yang tahu. Cukup melihat anak-anak membesar dengan baik, menjadi seorang yang berguna pada keluarga dan masyarakat. Biar lah terpaksa kuat dan menanggung semuanya, yang penting anak-anak tetap bahagia.

Tiada orang yang ingin rumah tangga mereka hancur, jadi seharusnya kita lebih menghormati dengan ibu dan bapa tunggal kerana masih lagi gigih dan kuat dalam membesarkan anak-anak.

Kredit: TikTok ayu_kepoh

Baca Juga: β€œTapi Kami Tak Nak Berdosa..” Pelanggan Mengadu Sambal Nasi Lemak Berbau Hangit, Peniaga Ini Terus Bertindak Sedemikian.

tags: