Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Terputus Bekalan Makanan, Dua Beranak Ini Hanya Minum Kopi Untuk Tahan Lapar

Terputus Bekalan Makanan, Dua Beranak Ini Hanya Minum Kopi Untuk Tahan Lapar

Kategori:
minum kopi tahan lapar

Dua beranak yang terdiri daripada seorang ibu dan anak perempuan dilaporkan terputus bekalan makanan sejak dua minggu lepas lagi. Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah mereka sudah dua minggu mereka anak beranak makan bubur nasi.

Menurut laporan Harian Metro, wanita yang dikenali dengan nama Suganthi ini, selain makan bubur nasi untuk mengalas perut, mereka juga hanya membancuh air kopi untuk menahan lapar.

Ujar ibu tunggal kepada seorang anak perempuan ini lagi, mereka terpaksa menumpang berteduh di rumah nenek saudara buat sementara waktu.

Kutip mana-mana pucuk tepi jalan

Kami akan makan bubur bertumiskan bawang atau cili sekali sehari pada lewat petang dan selepas itu kalau lapar sangat kami hanya teguk air kopi. Selain itu, saya akan mengutip mana-mana pucuk-pucuk yang boleh dimakan di tepi jalan untuk dibuat sayur masak lemak dan atau apa-apa saja. Saya langsung tak kisah, janji boleh hidup.

Anak hilang ingatan

Suganthi kehilangan sumber pendapatan sejak berhenti kerja sebagai pegawai keselamatan di sebuah kolej swasta ketika Perintah Kawalan Pergerakkan dilaksanakan. Oleh kerana itu, mereka sukar untuk meneruskan kelangsungan hidup dan kadangkala terpaksa meminta ihsan dari orang ramai.

Saya boleh bertahan lapar tetapi sebagai ibu saya tidak boleh tengok anak tak makan, kerana itu saya cuba juga minta bantuan. Saya hanya sekadar mampu membeli sedikit ubat-ubatan di farmasi kerana tidak mampu menampung kos sebanyak lebih RM500 sebulan, selepas berhenti kerja saya sudah tidak dapat membeli ubat lagi. Sekiranya ada bantuan kami berharap ada rumah sendiri kerana kami juga tidak dapat menumpang selama-lamanya di sini dan kalau boleh dapat peluang saya mahu bekerja.

Menurut Suganthi lagi, anaknya pernah terlibat dalam kemalangan sehingga hilang ingatan pada tahun 2011 manakala pada tahun 2014 dia juga pernah terbabit dalam kemalangan.

Sumber : Harian Metro

tags: