Penggunaan oven di dapur sangat berguna dan mampu membantu untuk memudahkan proses memasak. Malah, terdapat beberapa resepi yang memerlukan pengunaan oven. Bila menggunakannya, anda memerlukan baking tray untuk meletakkan makanan anda.
Baking tray boleh didapati dalam pelbagai saiz dan bentuk dan sebelum membeli, anda perlu memastikan ianya bersesuaian dengan makanan dan saiz oven yang digunakan.
Jika tersalah pilih baking tray, ia akan menyukarkan anda semasa hendak menggunakan oven. Itu lah apa yang terjadi pada Nursyuhada Iskandar apabila terlalu teruja dan yakin ketika membeli baking tray untuk memasak lasagna, tapi akhirnya malang tidak berbau.
Tolonggggg!!!! Over confident beli baking tray nk masak lasagna. Skali da siap susun smua cantik2 nk masuk oven xmuat mcm mana nk buat ni.
Edit : sy da cuba bakar dgn pintu xrapat.. lps bakar tu ambik sikit utk rasa.. pstu bru sy ambik gmbar… Yg ckp mcm2 tu xpe sy maafkan. Sy da xbole reply komen puan2 smua.
Menurut wanita itu, baking tray yang dibelikan adalah untuk memasak lasagna homemadenya sendiri. Namun, apakah daya apabila ianya tidak dapat dimuati dalam ovennya.
Menjengah di ruangan komen, terdapat beberapa warganet yang memberikan saranan pada wanita itu untuk menunaikan hasratnya untuk membuat lasagna homemade. Pelbagai cadagan kreatif dari mereka, nak ketawa pun ada bila baca.
Malah, ada juga warganet yang bergurau bahawa masalah ini semuanya berpunca dari oven wanita itu kerana terlalu kecil. Oven pula dipersalahkan?
Bila melihat reaksi warganet, rasa terhibur pula, kan? Perkara yang berlaku itu boleh juga jadi pengajaran agar kita tidak terlalu gopoh ketika membeli sesuatu benda. Perlu diperiksa dengan teliti dan pastikan ia bersesuaian.
Kredit: Nursyuhada Iskandar via MATJHN