Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Gara-Gara Tertumpah Coffee Pada Kasut, Lelaki Ini Terus Beli Kasut Dior Berharga RM5100

Gara-Gara Tertumpah Coffee Pada Kasut, Lelaki Ini Terus Beli Kasut Dior Berharga RM5100

Kategori:
beli kasut dior

Zaman semakin moden dan pastinya akan ada pelbagai jenis barangan mewah dan berjenama yang timbul. Persaingan hebat antara jenama mewah ini memang tidak boleh dinafikan.

Tahun demi tahun, masing-masing akan mengeluarkan pelbagai jenis barangan dengan reka bentuk yang menarik. Golongan T20 pastinya akan berebut-rebut untuk mendapatkannya, lebih-lebih lagi jika barangan yang dikeluarkan adalah terhad.

Barangan tersebut termasuklah kasut, beg tangan, baju dan seluar. Terdapat pelbagai jenama yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia antaranya adalah Dior, Balenciaga, Fendi dan Gucci. Harga bagi setiap barangan mewah tersebut bukanlah murah, boleh mencecah ribuan ringgit.

Malah harga untuk sepasang kasut jenama mewah Dior dengan reka bentuk yang paling terbaharu berharga lebih lima ribu ringgit.

Tertumpah Coffee Pada Kasut, Lelaki Ini Terus Beli Kasut Dior Harga RM5100

Berkenaan dengan kasut Dior ini, ada seorang lelaki yang dikenali dengan nama Faisal Aljofry sempat berkongsi sebuah video menerusi aplikasi TikTok. Video tersebut adalah berkisarkan tentang kasut dior miliknya terkena coffee.

Akibat dari itu, kasut Dior miliknya yang dipakai itu kelihatan agak comot. Disebabkan waktu itu dia ingin menghadiri mesyuarat jadi dia membuat keputusan untuk mengunjungi butik Dior dan membeli kasut keluaran terbaru dari Dior yang berharga RM5100.

Hanya tertumpah secawan coffee pada kasut, si pemakai terus beli kasut baru. Lain macam kan dunia sekarang, kasut pula bukan kasut biasa-biasa, jenama kegilaan ramai tu.

https://www.tiktok.com/@faisaljofry/video/7124301832091913499?_t=8UNDzxWN0cb&_r=1

@faisaljofry Time nak gi meeting la benda ni berlaku 😅 #fyp #dior ♬ 007 by Riot Ken – tyler funke

Sepanjang hidup aku tak pernah beli brand mahal macam Dior hm..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang meninggalkan komen menyatakan, sepanjang hidup dia tidak pernah beli jenama mahal macam Dior.

Tidak kurang juga ada yang bertanya, apakah abang ini nak lawan Aisar dan harga bagi kasut dior tersebut lebih kurang 3 bulan gajinya.

 

Kalau kereta saya habis, saya terus beli kereta baru..

Dalam masa yang sama, ramai juga yang berseloroh menyatakan, air evian tumpah kat lain rumah, pindah ke bulan terus. Begitu juga apabila minyak kereta habis, ada yang berseloroh untuk beli kereta baru.

Mungkin kekayaan lelaki ini bukan biasa-biasa, kalau tidak mana lah sanggup beli kasut Dior yang berharga ribuan ringgit. Betul-betul berduit lah macam ni. Tidak mengapa, pasti banyak usaha yang dilakukan jadi tiada masalah jika dia ingin hiburkan diri dengan membeli kasut mahal.

Dia yang bekerja dan dia menggunakan duitnya sendiri. Semoga satu hari nanti, impian tersebut juga boleh dicapai oleh orang lain.

Sumber: TikTok Faisal Aljofry

Baca juga: ” Bagusnya..” Dapat Ayam Busuk, Cara Aduan Pelanggan & Respon Baik McDonalds Dipuji Warganet 

tags: | | | |