Resepi yang kami kongsikan kali ini ialah terung masak sos yang sangat mudah tapi cukup membuka selera. Kadang kita tidak perlu bersusah payah untuk menyediakan menu yang rumit untuk disediakan. Apa yang penting masakan yang kita buat adalah enak dan keluarga dapat menikmati hasil air tangan kita.

Bahan-bahan:

  • Terung
  • Minyak
  • Udang Kering
  • Bawang Merah
  • Bawang Putih
  • Bawang Besar
  • Sos Tiram
  • Sos Cili
  • Minyak Bijan
  • Air
  • Kicap Manis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan goreng terung sampai lembut.
  2. Tumis udang kering, bawang merah, bawang putih dan bawang besar.
  3. Masukkan terung.
  4. Masukkan sos tiram, sos cili, minyak bijan dan air.
  5. Kacau dan masukkan sedikit kicap.
  6. Siap!!

Selamat Mencuba!

 

Lihat video di bawah

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 6 times!)