Tesco Menawarkan Perkhidmatan ‘Pesan & Ambil’ Melalui WhatsApp Di Outlet Terpilih

Perkhidmatan 'Pesan & Ambil'

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, membeli-belah tidak sama lagi seperti sebelum ini. Jika sekarang, kita lebih berhati-hati dan menjaga jarak. Jumlah orang yang dibenarkan masuk ke sesebuah kedai juga kini dikurangkan sehingga perlu beratur di luar kedai untuk menunggu giliran membeli-belah barangan keperluan.

Tapi, pihak Tesco Malaysia telah mengambil inisiatif untuk memudahkan rakyat Malaysia membeli-belah. Tesco telah melancarkan sistem Pesan & Ambil (Order & Collect) melalui WhatsApp.

Tesco Menawarkan Perkhidmatan ‘Pesan & Ambil’ Melalui WhatsApp Di Outlet Terpilih

PKP fasa kedua ini telah diperketatkan lagi. Setiap kereta hanya seorang yang dibenarkan jika perlu keluar membeli barang. Dan semua orang juga perlu menjaga jarak sosial sejauh 1 meter. Disebabkan itu, mereka perlu beratur panjang ketika membeli di pasaraya ataupun kedai runcit.

Sebelum ini, Aeon telah mealncarkan pembeli peribadi dan servis pandu lalu kepada rakyat Malaysia di cawangan Aeon yang terpilih. Tetapi kali ini, Tesco pula memperkenalkan perkhidmatan ‘Pesan & Ambil’ di semua cawangan Tesco di seluruh negara.

BACA JUGA  Waktu Operasi Kedai Menjual Barang Keperluan Makanan Ditetapkan Dari 8 Pagi Hingga 8 Malam

Cara-cara pembelian menggunakan perkhidmatan ‘Pesan & Ambil’

Tesco telah melancarkan perkhidmatan ini beberapa hari yang lalu, bertujuan untuk memudahkan pembelian barangan keperluan kepada orang ramai. Cara-caranya adalah sangat mudah, hanya perlu ikuti langkah-langkah ini.

1. Hantar pesanan anda melalui WhatsApp (nombor berbeza mengikut cawangan Tesco)

2. Berikan nama anda dan senarai barangan dengan kuanti dan berat (maksimum 25 barang)

3. Pembeli peribadi anda akan menghubungi anda jirang barang yang diinginkan tidak tersedia

4. Anda akan menerima kod bar untuk pembayaran apabila pesanan anda selesai

5. Gunakan kod bar dan teruskan ke checkout di kaunter pembayaran

Terma & syarat 

  • Perkhidmatan Pesan & Ambil adalah percuma
  • Hanya sah untuk pesanan & pemgambilan pada hari yang sama
  • Pesanan mesti dilakukan pada pukul 8 pagi sehingga 4 petang, sementara stok masih ada
  •  Ambil barang anda sebelum pukul 6 petang, setiap hari
  • Pesanan hanya untuk barang keperluan (barangan runcit & makanan segar), terhad 25 barang sahaja.

Jangan lupa gunakan perkhidmatan ini!

Kini anda boleh mengelak dari menghabiskan masa berjam-jam di Tesco, atau barang anda akan dihantar bulan depan kerana slot sudah penuh. Gunakan perkhidmatan ‘Pesan & Ambil’ ini untuk dapatkan barangan keperluan harian anda tanpa susah payah.

BACA JUGA  Oreo Ice-Cream Sandwich Edisi Terhad, Dapatkan Sekarang!

 

Sumber: KLFoodie