Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Promosi » The Manhattan FISH MARKET Menawarkan Smack Down Seafood Platter Dengan Harga RM10,Bermula 9 Mac Hingga 11 Mac 2020

The Manhattan FISH MARKET Menawarkan Smack Down Seafood Platter Dengan Harga RM10,Bermula 9 Mac Hingga 11 Mac 2020

Kategori:

Kepada penggemar makanan laut, ada berita gembira buat anda! The Manhattan Fish Market akan membuat promosi hebat selama 3 hari. Bermula 9 Mac 2020 sehingga 11 Mac 2020. Cepat set alarm anda supaya anda tidak terlepas dengan promosi hebat ini.

Foto : KL Foodie
Ini ada peluang hebat kepada pencinta makanan laut untuk menikmati tawaran di The Manhattan Fish Market ini! Restoran hebat dan berjaya ini akan mempromosikan Smack Down Platter mereka bulan ini bermula 9 mac sehingga 11 Mac 2020. 
Foto : KL Foodie
Bawalah teman anda untuk bersama-sama merasai hidangan hebat ini  dan anda boleh memesan minuman dari menu mereka. Pertama kali kami mengetahui hal ini, kami beranggapan ia tidak mungkin. Tetapi ianya benar, The Manhattan Fish Market memang terbaik, anda boleh menikmati hidangan makanan laut ini pada harga RM10 dengan pembelian minima 3 minimun.
Foto: The Manhattan Fish Market (Facebook)

Jangan Lupa Dapatkan Smack Down Platter di The Manhattan Fish Market  Pada 9-11 Mac 2020.

Foto : KL Foodie

Antara sajian dalam hidangan Smack Down Platter ini ialah ketam, udang goreng, sotong, sayuran, dory goreng, Cherry Snapper goreng dan kerepek. Dengan menggunakan makanan laut yang segar kami pasti anda menyukainya.

Foto : KL Foodie

Foto : KL Foodie

Promosi ini boleh didapati di semua cawangan The Manhattan Fish Market kecuali AEON Mall Bukit Tinggi, AEON Mall Seremban 2, Kuala Terengganu, AEON Mall Kota Bharu, East Coast Mall, Cenang Mall,  Langkawi dan Vivacity Megamall, Sarawak.

Pesan Mana- Mana Minuman Dari Menu Mereka Untuk Dapatkan Promosi Terbaik Ini

Foto : KL Foodie

Dengan hanya memilih mana-mana (3) minuman mereka Smack Down Platter akan menjadi milik anda dengan harga RM10 sahaja. Berikut adalah beberapa minuman yang perlu anda cuba, Botanical Passion (gambar tengah), Brooklyn Sunset (gambar kanan), dan Tropical Breeze ( gambar kiri).

Foto : KL Foodie

Jangan Lupa Untuk Mencuba Sos Dipping Yang Enak

Foto : KL Foodie

Jika makan makanan yang bercelup tepung pasti tidak lengkap hidangan sekiranya anda tidak mencicah bersama-sama sos. The Manhattan Fish Market ada menyediakan enam jenis sos antaranya ialah  Curry Tartar, Spicy Grapefruit Tartar, Original Tartar, Catalina Tartar, Lime Tartar, and, BBQ Tartar.

Foto : KL Foodie

Nampak menggoda kan? Jadi jangan lupa untuk mencuba sos yang ada di The Manhattan Fish Market !

Sumber Rujukan : KL Foodie

tags: |