Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Kemungkinan Tiada Bazar Ramadan Di Kelantan

Kemungkinan Tiada Bazar Ramadan Di Kelantan

Kategori: ,

KOTA BHARU – Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan membayangkan kemungkinan tiada bazar Ramadan di negeri ini pada tahun ini.

Walaubagaimana pun, itu bukanlah keputusan muktamad daripada kerajaan negeri tetapi akan menelitinya kembali berdasarkan kepada keadaan semasa penularan wabak COVID-19 ini.

Kerajaan negeri belum memuktamadkan perkara itu namun buat masa ini, kita berpendapat tiada bazar Ramadan akan diadakan” Katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Turut hadir Datuk Takiyuddin Hassan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Datuk Ahmad juga turut berkata kerajaan negeri akan melakukan operasi pembersihan di pasar-pasar basah di bandar Kota Bharu bermula esok selari dengan saranan Kementerian Perumahan dan Kerjaan Tempatan (KPKT).

Setakat ini, kita masih menggunakan kakitangan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melaksanakan pembersihan itu namun jika ada keperluan mendesak, kita akan guna khidmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan pula ” katanya.

Sumber : BERNAMA

tags: