Mi Sedaap merupakan jenama mi segera tersohor dari negara Indonesia dan boleh didapati di pasaraya dan kedai runcit serata Malaysia.
Dengan begitu banyak pilihan, Mi Sedaap baru-baru ini membawa masuk perasa terbaharu iaitu Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Instant Noodles dan Mi Sedaap Korean Spicy Soup Instant Noodles.
Namun gempar baru-baru ini apabila dua produk tersebut ditarik balik dari pasaran Singapura gara-gara mengandungi racun perosak jenis etilina oksida.
Orang ramai yang pernah mendapatkan produk tersebut di pasaraya Malaysia mula risau dan memohon penjelasan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Dalam satu sidang media, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah melaporkan bahawa pihak KKM telah mengesahkan bahawa dua produk Mi Sedaap iaitu Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Instant Noodles dengan tarikh luput 21 Mei 2023 dan Mi Sedaap Korean Spicy Soup Instant Noodles dengan tarikh luput 17 Mac 2023 tidak memasuki pasaran negara.
(Dua produk Mi Sedaap yang ditarik balik dari pasaran Singapura)
Tambahnya, “KKM akan terus menjalankan pemantauan di pasaran dan mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas (TUL) di semua pintu masuk negara.”.
“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.”, katanya.
Selain dua produk tersebut, Agensi Makanan Singapura (SFA) juga menarik balik produk aiskrim Haagen Dazs dalam pasaran negara itu pada Ogos lalu kerana menemui racun perosak yang sama.
Sumber gambar: Agensi Makanan Singapura (SFA)
Dr Noor Hisham juga memberitahu orang ramai boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melayari web dan Facebook yang tertera sekiranya mempunyai apa-apa maklumat atau kemusykilan.
Berikut merupakan kenyataan yang dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):
Jadi orang ramai yang pernah membeli dua produk tersebut dari negara ini tak perlu risau kerana ia telah disahkan selamat.
Kredit: Sinar Harian, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)