Adakah Covid-19 Ini Merebak Melalui Makanan??

Covid-19 Merebak Melalui Makanan

Sejak menularan wabak Covid-19 yang semakin menjadi-jadi. Semua orang menjadi semakin waspada untuk tidak bertemu dengan orang luar secara dekat ataupun bersalaman dengan mereka kerana bimbang dijangkiti wabak Covid-19 itu.

Bukan itu sahaja, ada sesetengah orang juga turut membasuh makanan selepas mereka membeli dari pasaraya. Kerana bimbang virus itu melekat di plastik. Kerana kita tidak tahu, siapa yang pegang barang itu sebelum kita membelinya.

Tiada Tanda Covid-19 Merebak Melalui Makanan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan bahawa setakat ini tiada tanda mengatakan bahawa wabak Covid-19 merebak merusi makanan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kebimbangan orang ramai sekiranya terdapat pekerja restoren yang menyediakan perkhidmatan makanan bawa pulang didapati positif jangkitan itu.

“Kita belum dengar yang virus ini merebak menerusi makanan, tapi apa yang penting jika salah seorang pekerja positif, maka kita perlu saring kontrak rapat di restoran itu,” katanya pada sidang media harian semalam.

Terdahulu, ada laporan bahawa perkhidmatan makanan bawa pulang di IKEA Tebrau, Johor ditutup sehingga diberitahu kerana salah seorang pekerjanya didapati positif Covid-19.

BACA JUGA  'Abah' Bosan Tak Boleh Berjalan, Pelbagai Aktiviti Dibuat Semasa PKP Di Rumah

IKEA Tebrau dalam satu kenyataan di laman webnya memaklumkan mengenai seorang petugas yang didapati positif pada 1 April dan pihaknya bekerjasama dengan pengawai kesihatan awam demi memastikan keselamatan petugas dan pelanggan diutamakan.

 

Baca juga: Anda Basuh Barang Dengan Sabun Untuk Elak Covid-19? Ini Pandangan Berbeza 2 Pakar