Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tiba-Tiba Sampai Awan Besar, Mana Tak Panik” – Wanita Ini Panik Bila Main Order Sahaja Tanpa Tahu Saiz Makanan

“Tiba-Tiba Sampai Awan Besar, Mana Tak Panik” – Wanita Ini Panik Bila Main Order Sahaja Tanpa Tahu Saiz Makanan

Kategori:

Apabila dah terlalu lapar atau dahaga, kita sudah tidak kira harga atau makanan seperti apa untuk hilangkan rasa ‘craving’ kita. Tapi selepas makan apa yang kita inginkan, tiba-tiba akan rasa menyesal kerana membeli tidak periksa dahulu.

Begitu jugalah yang terjadi kepada wanita ini, beliau pesan sahaja tanpa periksa dahulu saiz minuman tersebut lalu panik. Yang sampai adalah gula-gula kapas seakan awan yang tebal.

“Tiba-Tiba Sampai Awan Besar, Mana Tak Panik” – Wanita Ini Panik Bila Main Order Sahaja Tanpa Tahu Saiz Makanan

Pengalaman kelakar ini dikongsikan oleh lilywahab iaitu wanita itu sendiri. Beliau panik apabila beliau memesan air latte tersebut tanpa bertanya kepada pelayan kedai tersebut dahulu.

Ketika beliau pesan minuman itu, beliau melihat di menu bahawa ada minuman yang aneh dan beliau terus pesan sahaja. Tapi, apa yang mengejutkan apabila Kopi Latte itu sampai bersama gula-gula kapas awan tebal.

panik

Beliau mengatakan bahawa “dalam gambar kenapa awannya kecil, sekali sampai terus panik!.”, Itulah yang beliau ungkapkan ketika minuman itu sampai kepadanya.

Mana tidaknya, gula-gula kapas tersebut digantikan sebagai gula untuk maniskan kopi latte itu.

panik

Ada juga yang pernah membeli minuman ini dan ketika itu pada musim panas.

“Saya haritu ambil menu ni kat 10gram, kebetulan dekat dalam penuh. Duduk luar panas, gula-gula kapas itu cepat cair. Habis bersepah kat dulang!”, salah seorang netizen yang komen di video tersebut.

@lilywahab

Lepas ni ada menu aneh aneh kena tanya adik cafe tu dulu😭 panik dia tak boleh bawak bincang masa latte ni sampai #LilySharing

♬ Kita Yang Jalani Orang Lain Yang Ngomentarin – Tomy Andrew

@lilywahab Lepas ni ada menu aneh aneh kena tanya adik cafe tu dulu😭 panik dia tak boleh bawak bincang masa latte ni sampai #LilySharing ♬ Kita Yang Jalani Orang Lain Yang Ngomentarin – Tomy Andrew

Kapas Ke? Macam Mana Nak Makan?

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen bertanya di mana kedai tersebut dan bagaimana gula-gula kapas tersebut akan cair?

panik panik panik panik

Tapi tidak apa, walaupun tak sengaja pesan menu aneh ini tetapi anda dapat nikmati hidangan lain dari yang lain. Salute kepada peniaga kafe kerana ketengahkan persembahan makanan lain dari yang lain.

Kredit: lilywahab

Baca Juga: Beli Aiskrim Malaysia Perisa Choki-Choki, Wanita Ini Terkejut Bila Jumpa Sesuatu Yang Aneh

tags: | |